Wednesday 19 November 2014

Rasuah Balak: Banyak Aduan Tapi Tiada Tindakan


Diterbitkan: Rabu, 19 November 2014 9:13 AM
  (Ubah saiz teks)
MIRI: Berpuluh-puluh laporan dikemukakan kepada pelbagai agensi penguatkuasaan dan pencegahan rasuah berhubung industri pembalakan di utara Sarawak, namun hanya sebilangan kecil daripadanya diambil tindakan.

Menurut pengadu, pihak berkuasa dilihat seolah-olah tidak mengendahkan aduan yang dibuat berhubung aktiviti pembalakan haram dan amalan rasuah dalam aktiviti tersebut.

Kumpulan hak asasi manusia daripada masyarakat luar bandar di Sarawak memuji Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem kerana bertindaka tegas menentang amalan rasuah dalam industri pembalakan.

Bagaimanapun mereka mempersoalkan mengapa Jabatan Perhutanan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis tidak bertindak ke atas laporan-laporan yang dikemukakan oleh masyarakat orang asli di sini sejak bertahun-tahun lalu.

Dua Perompak Disebat Dalam Mahkamah


Diterbitkan: Selasa, 18 November 2014 3:59 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Dua pesalah muda menerima pengajaran setimpal apabila masing-masing diberi tujuh dan lapan kali sebatan ringan di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan melakukan rompakan berkumpulan.

Bekas pelajar pusat latihan kemahiran Mohamed Shaznee Jahn Mohamed Yasin, 19, dan bekas penjaga pusat hiburan Redzohaan Abdullah, 20, disebat oleh pegawai Penjara Kajang menggunakan rotan halus sepanjang anggaran satu meter di hadapan Hakim Ahmad Bache.

Mereka, yang berpakaian penjara, kelihatan tenang ketika diarah membongkok di meja hadapan mahkamah. Bagaimanapun mula mengerang kesakitan apabila disebat bagi kali keempat dan seterusnya.

Dalam prosiding pelaksanaan hukuman tersebut, turut dihadiri beberapa pegawai penjara dan doktor perubatan serta orang awam di galeri awam termasuk wartawan.

Perhilitan Melaka Rampas 28 Burung Pelbagai Spesies Disimpan Tanpa Lesen


Diterbitkan: Selasa, 18 November 2014 11:33 PM
Bayan Puling (Gambar internet)
  (Ubah saiz teks)
MELAKA: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka merampas 28 ekor burung pelbagai spesis yang disimpan tanpa permit khas dan lesen di dua buah rumah berasingan di Batu Gajah, Merlimau dekat sini.

Pengarah Perhilitan Melaka Noorzakiahanum Mohd Noh berkata rampasan pertama melibatkan 23 ekor burung Punai Daun yang dirampas daripada seorang wanita berusia 30-an di sebuah rumah kira-kira pukul 4 petang, Isnin.