Thursday 18 December 2014

Rumpai Miang Mexico Kini Dikesan Tumbuh Di Pahang


Diterbitkan: Khamis, 18 Disember 2014 9:13 PM
Rumpai miang Mexico.
  (Ubah saiz teks)
KUANTAN: Rumpai miang Mexico yang sebelum ini tumbuh di Perak, Kedah, Negeri Sembilan dan Selangor kini turut dikesan di tiga buah daerah di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata rumpai liar itu dikesan tumbuh di Kampung Shafie, Pelangai Bentong, Jerantut dan Raub.

"Kita dapati rumpai miang Mexico ini tumbuh di tepi-tepi longkang, kiri dan kanan jalan dan sekolah serta masjid.

Sehubungan itu, kita telah meminta kerjasama pegawai daerah yang berkenaan, majlis daerah, pihak sekolah serta pihak yang terlibat untuk menghapuskan tumbuhan itu," katanya dalam sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ke-13 di sini, Khamis.

Rumpai miang Mexico atau nama saintifiknya 'Parthenium Hysterophorus' adalah sejenis tumbuhan liar berasal dari beberapa negara di Amerika Selatan dan Utara.

Ia kemudian telah tersebar ke Asia dan dilaporkan berbahaya kerana boleh memberi kesan teruk kepada ekosistem semula jadi.

Shafiq berkata tumbuhan itu agak sukar dihapuskan dan cepat membiak.

"Satu pokok boleh menghasilkan 100,000 biji benih dan ia boleh kekal selama 10 tahun dan bijih benih di dalam tanah mampu bercambah bila keadaan kondusif," katanya.

Menyentuh tentang projek penternakan ikan sturgeon di Kuala Tahan oleh Felda, Shafik berkata projek itu telah ditangguhkan sementara menunggu laporan terperinci Penilaian Alam Sekitar(DEIA) disiapkan oleh pihak konsultan sebelum ia dikemukakan kepadan Jabatan Alam Sekitar untuk kelulusan.

Katanya, Jabatan Perikanan Negeri Pahang secara dasarnya telah memberikan kelulusan untuk membawa masuk ikan ini walaupun permit secara rasminya belum dikeluarkan.

Mahkamah Putuskan Jude Pereira Diterima Masuk Dalam Badan Peguam


Diterbitkan: Rabu, 17 Disember 2014 10:24 PM
  (Ubah saiz teks)
IPOH: Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa bekas pegawai penyiasat dalam kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim harus dibenar untuk diterima masuk ke badan peguam selang tiga bulan mulai Rabu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Swee Seng membenarkan petisyen Judy Blacious a/l A.F. Pereira (lebih dikenali sebagai Jude Blacious Pereira) untuk diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya.

"Sepanjang tempoh dari sekarang hingga berakhirnya tempoh tiga bulan, pempetisyen perlu menghadiri beberapa seminar hak asasi manusia, forum, aktiviti atau program dianjurkan oleh Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam," kata beliau dalam penghakimannya di sini, Rabu.

Beliau berkata, jika tiada, mana-mana program yang berkaitan anjuran Majlis Peguam membolehkan pempetisyen mempunyai tempoh "conscientisation reflektif" berhubung dengan semangat hak asasi manusia terutama tahanan di bawah sistem keadilan jenayah.