Rakaman video dua sidang media oleh Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berhubung Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan 1MDB Mac lalu, hari ini diiystihar di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan membuat keputusan itu sebelum video itu ditayangkan di mahkamah.
"Kandungan video terhadap laporan LTAT itu bukan untuk dilaporkan melalui media awam dan sosial. Ia adalah di bawah OSA," perintahnya.
Rakaman itu tidak dimuat naik oleh KiniTV Sdn Bhd tetapi diambil oleh juruvideo Mohd Azfar Effendi.
Ia dikemukakan hari ini oleh pihak pendakwaan semasa perbicaraan Rafizi, yang menghadapi dua tuduhan OSA selepas mendedahkan dokumen yang kononnya mengandungi pautan LTAT dan 1MDB di lobi Parlimen pada 24 Mac dan 28 Mac tahun ini.