Friday 17 June 2016

Rakaman KiniTV diklasifikasi bawah OSA

Rakaman video dua sidang media oleh Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli berhubung Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan 1MDB Mac lalu, hari ini diiystihar di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan membuat keputusan itu sebelum video itu ditayangkan di mahkamah.
"Kandungan video terhadap laporan LTAT itu bukan untuk dilaporkan melalui media awam dan sosial. Ia adalah di bawah OSA," perintahnya.
Rakaman itu tidak dimuat naik oleh KiniTV Sdn Bhd tetapi diambil oleh juruvideo Mohd Azfar Effendi.
Ia dikemukakan hari ini oleh pihak pendakwaan semasa perbicaraan Rafizi, yang menghadapi dua tuduhan OSA selepas mendedahkan dokumen yang kononnya mengandungi pautan LTAT dan 1MDB di lobi Parlimen pada 24 Mac dan 28 Mac tahun ini.

Azfar, 26, memberi keterangan hari ini bahawa dia telah mengambil rakaman sidang akhbar pada kedua-dua hari itu, ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Zhafran Rahim Hamzah.
Rakaman kedua-dua sidang akhbar itu telah ditunjukkan di mahkamah.
Selepas melihat rakaman itu, Azfar mengesahkan ia adalah rakaman yang telah diambilnya dalam kedua-dua sidang akhbar berkenaan.
Beliau memberitahu mahkamah bahawa dia telah membuat rakaman daripada kamera Sony NS70 dan menyerahkan kad SD kepada penerbit, Tham Seen Hau.
Juruvideo itu berkata selain beliau pada sidang akhbar itu terdapat beberapa wartawan lain dan salah seorang daripada mereka adalah Nawar Firdaus.
Rafizi diwakili peguam Gobind Singh Deo dan Saiful Izham Ramli. Bagaimanapun, mereka tidak menanyakan sebarang soalan kepada Azfar.

Perbicaraan hari ini terpaksa dipendekkan kerana DPP lain, yang mengendalikan kes itu, terlibat dalam kemalangan di Putrajaya.
Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abazafree Mohd Abbas memberitahu mahkamah bahawa semua dokumen yang berkaitan dengan kes itu adalah dengan DPP berkenaan.
Sebelum ini Timbalan Pengarah Jabatan Audit Negara, Nor Salwani Muhammad, bersetuju bahawa OSA bukan untuk menutup pelanggaran serius dan penyelewengan yang dilakukan institusi kerajaan.

No comments:

Post a Comment