Wednesday 25 February 2015

Anwar Tak Bersalah, Dizalimi - Nurul Nuha


Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2015 11:37 PM
Nurul Nuha
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memohon pengampunan diRaja berhubung sabitan liwatnya, mendakwa Ketua Pembangkang itu tidak bersalah walaupun Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusannya dalam kes itu.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, anak kedua Anwar, Nurul Nuha menyatakan bahawa keluarga kepada penasihat PKR itu meletakkan keyakinan kepada proses perlembagaan selepas mendakwa Anwar menjadi 'tahanan politik'.

"Ayahanda kami tidak bersalah dan telah dizalimi apabila beliau telah disabitkan dengan pertuduhan bersifat politik dan dihukum penjara lima tahun.

"Justeru ayahanda kami merupakan seorang tahanan politik

"Kami meletakkan keyakinan kepada proses perlembagaan ini serta percaya prinsip keadilan akan ditegakkan tanpa campur tangan politik mahu pun mana-mana cabang kerajaan bersesuaian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui institusi Raja Berperlembagaan," katanya.

Nuha yang juga penyelaras kempen March2Freedom berkata melalui petisyen tersebut, segala fakta dan keadaan-keadaan bagi pertimbangan yang wajar diteliti secara menyeluruh telah dikemukakan.

Berikutan petisyen yang dihantar, status Anwar sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh belum terlucut sehinggalah ia diputuskan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Terdahulu, pemimpin PKR pada menafikan keluarga Anwar akan mendapatkan pengampunan diraja, yang dalam masa yang sama bermaksud beliau mengaku bersalah dalam kes itu.

Pasangan Patut Disabitkan Bunuh Pembantu Rumah - Mahkamah Rayuan Diberitahu


Diterbitkan: Selasa, 24 Februari 2015 6:17 PM
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Pasangan suami isteri patut disabitkan bagi kesalahan membunuh pembantu rumah mereka kerana mereka sengaja mengabaikannya dengan tidak memberinya makan untuk satu tempoh lama yang menyebabkan kematian wanita warga Kemboja itu, Mahkamah Rayuan di sini diberitahu, Selasa.

Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali berhujah bukan sahaja Mey Sichan yang hanya seberat 26.1 kg tidak diberi makanan untuk dimakan tetapi wanita itu juga  telah didera dan dicederakan dengan kesan kecederaan pada seluruh tubuhnya.

Beliau berkata Hakim Mahkamah Tinggi telah gagal untuk meneliti keterangan berhubung dengan penderaan dilakukan pasangan itu terhadap si mati.

"Tiada sebab untuk si mati mencuri makanan atau mencari cebisan makanan dalam tong sampah kecuali dia tidak diberikan makanan," kata Lailawati dan menurutnya Mey turut tidak diberikan rawatan perubatan.

Keluarga Anwar muncul di Istana Negara

Anggota keluarga ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong berhubung sabitan kes Liwat II.

Anggota keluarga Anwar muncul di Istana Negara pada kira-kira jam 3.30 petang ini bagi mengemukakan permohonan itu.

Seorang anak perempuan Anwar, Nurul Nuha mengesahkan perkara itu.

"Satu rayuan untuk mendapatkan Pengampunan Yang di-Pertuan Agong sudah dikemukakan.

"Mahkamah mungkin menjatuhkan hukuman bersalah namun bapa kami dan keluarga kami tetap menyatakan bahawa beliau tidak bersalah.

"Selari dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, kami berharap agar institusi diraja akan memberi pengampunan atas nama keadilan dan berdasakan semua fakta.

Kenaikan pangkat hakim disekat Putrajaya?



Satu siri kenaikan pangkat untuk hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan baru sahaja berlalu.

Namun hakim paling kanan di Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, sekali lagi 'tertinggal' dalam siri kenaikan pangkat ini.

Apakah sebab sebenar di sebalik perkara ini?

Malaysiakini difahamkan nama Hakim Hishamudin tiada dalam senarai kerana satu pekeliling daripada Pejabat Perdana Menteri.

Ia boleh diimbas seawal tahun 2013 lagi apabila cadangan kenaikan pangkatnya dipanjangkan kepada Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.

Dan kini, nama Hakim Hishamuddin sekali lagi tiada dalam senarai kenaikan pangkat pada 16 Februari lalu dan beliau didahului Hakim Datuk Zaharah Ibrahim.

Hakim Hishamudin akan mencecah usia 66 tahun pada September depan - umur persaraan wajib bagi hakim.

Di kalangan pemerhati badan kehakiman, Hakim Hishamudin dikenali sebagai seorang hakim yang berfikiran terbuka.

Pada Januari 2013, beliau mengetuai panel tiga orang hakim yang memutuskan bahawa pemimpin Hindraf P Uthayakumar (atas) dan M Manoharan boleh memfailkan saman kelompok terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya.

Saman itu difailkan susulan tuduhan pengabaian 523 buah sekolah aliran Tamil oleh kerajaan walaupun ia mendapat separa bantuan dari kerajaan.