Tuesday 19 August 2014

Pekerja Ladang Bebas Tuduhan Bunuh Anak


Diterbitkan: Isnin, 18 Ogos 2014 11:34 AM
  (Ubah saiz teks)
KUANTAN: Seorang pekerja ladang kelapa sawit dibebaskan daripada tuduhan membunuh anak kandungnya di sebuah rumah di Felda Sungai Panching Selatan, di sini dua tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ab Karim Ab Rahman membuat keputusan itu selepas mendapati tertuduh Mohd Aswadey Ismail, 31, tidak waras ketika melakukan jenayah berkenaan dan tidak mengetahui ia satu kesalahan.
Mahkamah memerintahkan Mohd Aswadey dirujuk ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk menerima rawatan dan dibebaskan mengikut perkenan dan diberi pengampunan daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Penganggur Mengaku Tak Bersalah Ugut Bekas KPN


Diterbitkan: Jumaat, 15 Ogos 2014 7:07 PM
Selvarajoo diiring anggota polis selepas mengaku tidak bersalah mengugut bekas Ketua Polis Negara di Mahkamah Majistret Melaka, Jumaat.
  (Ubah saiz teks)
MELAKA: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat atas tuduhan mengugut bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor, 71, menerusi sepucuk surat pada hujung Jun lalu.

P M Selvarajoo, 58, dari Bukit Baru, di sini, didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan PK9, Kawasan Perindustrian Krubong, di sini, kira-kira pukul 7 pagi, 28 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Surendran Dibebaskan Dengan Jaminan Polis


Diterbitkan: Isnin, 18 Ogos 2014 10:42 PM
Surendran
N.Surendran.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Padang Serai, N.Surendran dibebaskan dengan jaminan polis berhubung satu waran tangkap terhadapnya yang dikeluarkan petang Isnin.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata, Surendran menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju jam 7.52 malam diiringi peguam Latheefah Koya. 
"Surendran telah dibebaskan dengan jaminan polis untuk hadir di Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pada Jam 8.30 pagi esok (Selasa) untuk pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Tiga Anggota Tentera Maut, Seorang Parah


Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 9:43 AM
  (Ubah saiz teks)
KUANTAN: Tiga anggota tentera maut manakala seorang lagi parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas dalam kemalangan di Jalan Tanah Putih, Batu 3 di sini tengah malam Isnin.
Menurut Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Pahang DSP Mohd Noor Yusof Ali berkata mangsa yang terbunuh Mohd Fahmi Jap, 25, Mohd Ilias Abu Seman, 23,dan Mohd Faizal Zainol, 26.
Rakan mereka yang cedera parah pula ialahShamzuri Awang, 23, yang kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
Beliau berkata kesemua mereka merupakan anggota tentera daripada Rejimen Pertama Kor Amor Diraja (1 KAD) dari Kem Batu 10 di sini.

MRT Runtuh: Seorang Mayat Ditemui, Carian Diteruskan


Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 10:55 AM
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pasukan penyelamat telah menemui seorang mayat dan sedang berusaha untuk mencari dua lagi lelaki yang dipercayai terperangkap di bawah landasan konkrit di tapak projek Mass Rapid Transit (MRT) berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRI) di Kota Damansara malam Isnin.

Pengarah operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata mayat mangsa berjaya ditemui kira-kira pukul 2.34 pagi Selasa.

"Kami masih berusaha untuk mencari pekerja-pekerja lain.

"Kita perlu memotong kepingan konkrit untuk mencari mereka...ia akan mengambil sedikit masa," kata beliau ketika dihubungi.