Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 10:55 AM
(Ubah saiz teks)
Pengarah operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata mayat mangsa berjaya ditemui kira-kira pukul 2.34 pagi Selasa.
"Kami masih berusaha untuk mencari pekerja-pekerja lain.
"Kita perlu memotong kepingan konkrit untuk mencari mereka...ia akan mengambil sedikit masa," kata beliau ketika dihubungi.
Dalam satu kenyataan, MRT Corp mengesahkan bahawa landasan MRT itu terlucut daripada tiangnya dan jatuh ke tanah pada pukul 8.30 malam semasa kerja-kerja membina tembok sepanjang landasan itu berjalan.
Landasan itu dibuat daripada 14 unit galang kotak sepanjang 38 meter seberat 490 tan.
MRT Corp mengesahkan bahawa tiga pekerja yang terperangkap adalah warga Bangladesh iaitu Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik.
"Tiada orang awam terlibat dalam kejadian itu kerana tidak ada akses kepada tapak binaan ini.
"Siasatan telah dimulakan untuk menentukan punca kejadian," kata kenyataan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Wira Azhar Abdul Hamid yang berada di tempat kejadian melahirkan kekesalan atas kejadian itu.
"Walaupun siasatan sedang dijalankan, MRT Corp memikul tanggungjawab penuh bagi kejadian ini. Setelah siasatan selesai, tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab akan diambil," katanya.
No comments:
Post a Comment