Wednesday 27 February 2013

Bersih: Mohamad Sabu, 13 yang lain dibebaskan

27.02.2013
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan 13 lagi dari tuduhan menyertai himpunan Bessih pada tahun 2007.  Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Jagit Singh Bant Singh hari ini.

Rakyat Somalia mengaku tak bersalah tembak pasukan ATM

27.02.2013
Tujuh rakyat Somalia yang ditahan tentera Malaysia di Teluk Aden dua tahun lepas, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan melepaskan tembakan kearah pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika merompak di atas sebuah kapal.

Ahmed Othman Jamal 27, Abdil Eid Hasan 22 dan lima lagi remaja bawah umur didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat untuk mendatangkan kematian atau kecederaan kepada anggota ATM di atas Kapal Bunga Laurel di koordinat Latitud 20' 14.73N Longitud 063' 39.96E, 250 batu nautika dari perairan Oman, antara 8.10 malam hingga 10 malam, 20Januari 2011.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 3 Akta Senjataapi (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Kesiksaan, yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tawar khidmat seks, wanita dalam pantang dipenjara

26.02.2013
Seorang wanita dalam tempuh berpantang hari ini dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menawarkan khidmat seks kepada anggota polis Ahad lepas.  Majistret Siti Shakirah Mohtarudin memerintahkan Rosmalini Hussin 31, menjalani hukuman penjara itu dari tarikh ditangkap pada 24 Feb lepas.

Rosmalini dari Triang, Pahang didakwa menawarkan perkhidmatan seks bagi maksud persundalan kepada Sarjan Major P Ravidran 50, dari Cawangan D& Ibu Pejabat Polis Kontigen Kuala Lumpur dihadapan sebuah hotel di jalan Raja Laut di ibu negara pada 8.05 malam pada tarikh tersebut.  Dia didakwa mengikut Seksyen 372(B) Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Monday 25 February 2013

Pekerja Yazid Sufaat mengaku tak bersalah tuduhan subahat

25.02.2013
Individu ketiga yang ditahan bersama-sama bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Yazid Sufaat hari ini mengaki tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas dakwaan bersubahat mengalakkan keganasan.  Muhammad Hilmi Hasim membuat pengakuan itu dihadapan Hakim Kamardin Hashim selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Muhammad Hilmi 33, yang merupakan pekerja Yazid 49, didakwa melakukan kesalahan itu untuk memajukan suatu ideologi dan perbuatan itu diniatkan untuk mengugut orang awam Syria.  Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang,Ampang antara 8.30 pagi dan 10.30 pagi, pada 1 Ogos hingga 20 Okt 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130G(a) Kanun Kesiksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Thursday 21 February 2013

Mahkamah Tinggi benar kamera AES dipasang di PLUS, SKVE

21.02.2013
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memustuskan Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang) tidak mempuanyi kuasa ke atas Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).  Hakim Datuk Zaleha Yusof turut membenarkan syarikat pengendali kamera (AES) Beta Tegap Sdn. Bhd memasang kamera AES di dua lebuhraya itu.  Katanya, PLUS dan SKVE berada di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan dan bukan kerajaan negeri.

Wednesday 20 February 2013

Yazid, Halimah mengaku tidak bersalah tuduhan keganasan

20.02.2013
Bekas tahanan ISA Yazid Sufaat dan seorang guru agama Halimah Hussein hari ini tidak mengaku salah apabila tuduhan ke atas mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.  Yazid dituduh mempromosi kegiatan keganasan di Syria menakala Halimah dituduh bersubahat atas kesalahan tersebut.  Perbicaraan ke atas kedua-duanya akan dimulakan pada 20 Mei ini.

Kedua-dua individu berkenaan sebelum ini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.  Permohonan Habeas Corpus oleh seorang lagi yang turut ditahan mengikut akta tersebut akan didengar pada 25 Februari ini.

Thursday 14 February 2013

E Book Terbaru Remba

E Book terbaru yang sedang disediakan untuk sahabat-sahabat Pesuruhjaya Sumpah yang akan menghadapi sesi temuduga tidak lama lagi.

E BOOK: TIPS PERSEDIAAN TEMUDUGA
PESURUHJAYA SUMPAH 2013

Mat Indera : Kes Mohamad Sabu ditunda lagi

13.02.2013
Perbicaraan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkaitan kenyataannya pada satu majlis ceramah bahawa Mat Indera bukan seorang komunis ditunda kepada 10 April depan.  Peguamnya Hanipa Maidin berkata, sepatutnya kes tersebut disambung hari ini, esik (14 Feb) dan (15 Feb) di Mahkamah Sesyen Butterworth.  Ini adalah kerana pihak pembela memohon untuk menolak pita rakaman ucapan disebabkan pihak polis merakam tanpa persetujuan penganjur.

AES: Jabatan Peguam Negara (AG) dibenar jadi pencelah saman MPS



13.02.2013
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan Jabatan Peguam Negara untuk menjadi pencelah dalam saman perundangan mencabar keputusan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) meruntuhkan tiang kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di kawasan perbandaran itu.
Hakim Mahkamah Tinggi YA Datuk Zaleha Yusof berkata Jabatan Peguam Negara mempunyai hak untuk mengikuti kes itu kerana ia melibatkan kepentingan awam.  Kes tersebut akan didengar pada esoknya.

Wednesday 6 February 2013

ADUN Behrang dan dua yang lain bebas tuduhan rasuah

6.2.2013
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan dua yang lain boleh menarik nafas lega selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan pembebasan mereka daripada pertuduhan rasuah.  Panel tiga hakim dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan YAA Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan dan mengekalkan pembebesan mereka.

Monday 4 February 2013

Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Utusan Melayu

4.2.2013
Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang memerintahkan Utusan Melayu (M) Berhad membayar RM 200,000 sebagai ganti rugi am dan teruk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung satu artikel fitnah.

Panel tiga hakim di pengerusikan YA Hakim Datuk Zaharah Ibrahim sebulat suara menolak rayuan Utusan Melayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.  Panel hakim yang juga terdiri YA Datuk Anantham Kasinater dan YA Datuk Mah Weng Kwai, memerintahkan Utusan Melayu membayar kos guaman RM 20,000 kepada Lim.

Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan

YBhg Puan Azimah binti Omar
Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
Istana Kehakiman
Putrajaya

Telah dilantik sebagai Ketua Pendaftar secara hakiki pada 1.2.2013