Monday 24 March 2014

Pelajar Maut, Bas Sekolah Terbabas Di Hulu Langat


Diterbitkan: Isnin, 24 Mac 2014 5:12 PM
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Seorang pelajar terbunuh manakala empat yang lain cedera selepas sebuah bas sekolah yang membawa 34 pelajar, terbabas dan terbalik dekat di Kg Nanding, Hulu Langat pada Isnin. 
Pelajar yang terbunuh dikenal pasti sebagai Chin Yeong Peng, 17, yang ditemui di bawah bangkai bas berkenaan.
Kesemua pelajar dari sebuah sekolah menengah Petaling Jaya, yang sedang terlibat dengan satu rombongan sekolah.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, kumpulan pelajar itu bersama dengan seorang guru dalam perjalanan pulang dari Lembah Azwen Resort selepas menyertai satu kem kepimpinan.
Beliau berkata, bas itu meneruni cerun yang curam pada kira-kira pukul 1.20 petang dan pemandu cuba untuk mengawal daripada terbabas ke dalam cerun ketika ianya terbalik.

Mahkamah Persekutuan Arah Bekas CEO Sime Darby Dibicara Atas Tuduhan CBT, Tipu


Diterbitkan: Isnin, 24 Mac 2014 7:36 PM
Datuk Seri Ahmad Zubair Murshid
Ahmad Zubair Murshid (tengah).
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memerintahkan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad, Datuk Seri Ahmad Zubair Murshid dibicarakan di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah jenayah dan menipu.
Panel lima anggota diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif membuat keputusan itu selepas sebulat suara menolak rayuan Ahmad Zubair bagi membatalkan kesemua pertuduhan terhadapnya.
Md Raus mengarahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk perbicaraan dan menetapkan 7 April sebagai sebutan kes.
Turut menganggotai panel itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Zainun Ali dan Datuk Mohamed Apandi Ali.