Thursday, 28 August 2014

Pengawal Keselamatan Tembak Mati Perompak Bank


Diterbitkan: Khamis, 28 Ogos 2014 1:38 PM
  (Ubah saiz teks)
GEORGE TOWN: Satu percubaan rompakan kali kedua di sebuah bank di Jalan Sungai Dua di sini pada Khamis telah digagalkan apabila seorang pengawal keselamatan menembak mati seorang suspek dan memaksa seorang lagi melarikan diri dengan tangan kosong.

Pasangan perompak ini dipercayai orang yang sama yang merompak bank itu pada 29 Mei lalu dan melarikan wang tunai lebih dari RM60,000.

Modus operandi mereka pada kali ini adalah sama iaitu menuang petrol di dalam premis dan mengancam untuk membakarnya.

Polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan memuji pengawal keselamatan kerana melakukan tindakan pantas.

"Dia melakukan tugasnya dengan baik."

Rafizi mengaku tak bersalah aibkan ahli Umno



Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan mengaibkan dan mendatangkan kemarahan kepada ahli Umno.

Ahli Parlimen Pandan itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melalui satu kenyataan pada Februari lalu yang mengaitkan parti tersebut dengan kejadian membaling molotov cocktail pada satu gereja.

Beliau didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

10 peserta sukan bogel dihadap ke mahkamah



Sepuluh peserta kem sukan bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang didakwa di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini.

Enam daripada mengaku bersalah manakala empat lagi meminta dibicarakan terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 394 (a) Kanun Keseksaan.

Mereka didakwa mengambil bahagian dalam acara itu di Taman Negara di Teluk Kampi, Teluk Bahang pada 31 Mei.

Video mengenainya telah dimuat naik di YouTube dan mencetuskan kemarahan orang ramai.

Hakim Mohd Najib Ismail mendengar kes itu manakala pendakwaan dijalankan oleh DPP Albert Chan.

Halam Saad Gagal Dalam Kes Rayuan Saman RM1.8 Bilion


Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 5:30 PM
Tan Sri Halim Saad
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Hartawan Tan Sri Halim Saad gagal dalam rayuannya untuk mengembalikan semula saman RM1.8 bilion yang difailkan terhadap Khazanah Nasional Berhad dan dua yang lain berhubung penyelesaian untuk melepaskan pegangan dalam Renong Berhad.

Tiga anggota panel Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim sebulat suara menolak rayuan Halim yang difailkan dalam usaha untuk menukar keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan samannya terhadap tiga responden.

"Kami dapati kesimpulan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi bahawa dakwaan plaintif (Halim) jelas tidak mapan atas alasan tempoh had masa telah ditetapkan dan persetujuan dan penyelesaian, adalah betul," katanya.

Rayer Mengaku Tidak Bersalah Atas Dua Tuduhan Menghasut


Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 11:16 AM
Rayer (tengah) ketika diiringi di mahkamah.
  (Ubah saiz teks)
GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, R.S.N. Rayer mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut di Mahkamah Sesyen di sini.
Tuduhan pertama berhubung kenyataan provokasinya yang dikeluarkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mei lalu.
Kesalahan itu jika disabitkan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, membawa kepada hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda RM5,000, atau kedua-duanya sekali.
Rayer, 42, turut mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan kedua di hadapan Hakim, Zaharah Hussain mengenai kenyataan yang dikeluarkan semasa ceramah di taman permainan di Jalan Delima, Island Glades di sini pada 22 Mei lalu.

Rafizi Beri Keterangan Polis Berhubung Kenyataan Perkauman


Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 6:54 PM
Rafizi Ramli
  (Ubah saiz teks)
KAJANG: Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli memberikan keterangan berhubung kenyataannya yang didakwa bersifat perkauman pada Januari lepas, di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kajang, Rabu.

Beliau dilihat memasuki IPD Kajang kira-kira pukul 3.50 petang dan beredar setengah jam kemudian dengan diiringi peguam Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Rafizi berkata, polis memberitahunya bahawa kenyataannya itu adalah yang terakhir dan kertas siasatan sudah hampir selesai.

Rafizi disiasat berkaitan kandungan kenyataannya yang disiar akhbar The Edge Malaysia yang bertajuk 'Will Rafizi Quit if Selangor is not toppled?'.

Sejumlah Bahan Letupan Ditemui Disembunyikan Di Rumah Pam Raub


Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 10:03 PM
Anggota Polis dari unit pencegahan persenjataan melakukan siasatan awal terhadap penemuan bahan letupan dan alat peletup di salah sebuah stor konkrit di Rumah Pam, Bukit Kolam Air, di sini lewat petang Rabu.
  (Ubah saiz teks)
RAUB: Sejumlah bahan letupan dan alat peletup ditemui disembunyikan dalam empat kotak di salah sebuah stor konkrit di Rumah Pam, Bukit Kolam Air, dekat sini, Selasa.

Bahan letupan yang terdiri daripada sejumlah 600 dinamit yang masih aktif, beberapa gulungan wayar pengecas sepanjang 1700 meter, dan satu kotak berisi detonator itu, ditemui oleh seorang pekerja penyelenggaraan Perbadanan Air Pahang (Paip) ketika melakukan kerja-kerja pembersihan.

Stor itu terletak bersebelahan sebuah stor lain di atas bukit, di kawasan berpagar penyelenggaraan Paip dan dipercayai tertutup dengan semak samun selama ini menyebabkan kewujudan binaan itu tidak disedari.

Al-Shabaab: Pergerakan Tiga Warga Somalia Dipantau Rapi


Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 2:53 PM
Warga Somalia berusia 34 tahun dipercayai anggota kumpulan pengganas Al-Shabaab ditangkap Mei lalu.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pergerakan tiga warga Somalia yang disyaki terbabit dalam kegiatan kumpulan pengganas Al-Shabaab masih dipantau rapi.


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pemeriksaan yang dilakukan mendapati ketiga-tiga yang dikenal pasti itu masih berada dalam negara ini.

Malah, katanya, hasil pemantauan pihak keselamatan, jumlah warganegara berkenaan yang terbabit dalam kegiatan itu juga belum bertambah.

"Belum ada maklumat terkini mengenai penambahan warga Somalia dalam aktiviti pengganas di negara dan hanya satu tangkapan dibuat pada Mei lalu.