Wednesday 8 October 2014

Kiraan detik rayuan terakhir Liwat II di FB Anwar



Ketika waktu berlalu menjelang rayuan terkhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap sabitan tuduhan liwat terhadapnya - satu kiraan detik telah bermula di  laman Facebook ketua pembangkang itu - yang menurutnya, tinggal 21 hari lagi.

Rayuannya dijadualkan untuk didengar selama dua hari, mulai 28 Oktober, di mana ahli parlimen Permatang Pauh itu akan mengetahui nasibnya sama ada akan menjalani hukuman penjara atau akan dibebaskan.

Pada tahun 2004, Anwar dibebaskan daripada tuduhan liwat pertamanya oleh Mahkamah Persekutuan selepas menghabiskan masa enam tahun di dalam penjara.

Kes Liwat II terhadap Anwar bermula sebaik selepas beliau mengumumkan hasratnya untuk bertanding kerusi Permatang Pauh pada Ogos 2008 selepas tamat tempoh larangan lima tahun berpolitik.

Kerusi itu dikosongkan oleh isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari
Azlan di kondominium Desa Damansara di Kuala Lumpur antara jam 3 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Seperti tuduhan yang pertama, Anwar mendakwa ia diada-adakan oleh musuh politik beliau. Namun beliau memenangi kerusi Permatang Pauh, kerusi yang disandangnya selama 17 tahun ketika beliau dalam Umno.

Akhbar Amerika kritik PM guna akta hasutan



Akhbar terkemuka Amerika Syarikat The New York Times (NYT) menyelar kerajaan Malaysia kerana secara berleluasa menggunakan Akta Hasutan 1948 selepas janji-janji pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam catatan sidang pengarang versi cetaknya hari ini, NYT berkata, akta itu terlalu luas dan “mengundang penyalahgunaan kuasa secara autoritarian”

Tambahnya, pentadbiran Najib juga “menggunakan sepenuhnya undang-undang itu untuk memburu pengkritik” sejak pilihan raya umum ke-13 lalu walaupun berjanji memansuhkannya sebelum itu.

“Tindakan keras Najib itu sebuah serangan menyedihkan terhadap kebebasan bersuara dan ancaman serius pada demokrasi.