Thursday 12 June 2014

Mak Nyah Dibotakkan Selepas Ditahan Di Majlis Kahwin


Diterbitkan: Rabu, 11 Jun 2014 5:25 PM
Nisha Ayub
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Seramai 16 orang 'mak nyah' yang ditahan pada majlis perkahwinan telah dibotakkan kepala dan menghabiskan malam pertama mereka di Penjara Sungai Udang, Melaka pada Isnin.

Aktivis kumpulan transgender Justice For Sisters (JFS) Nisha Ayub,  berkata mereka telah diasingkan daripada penghuni-penghuni lain.

Beliau berkata, walaupun dibotakkan kepala, mereka telah dilayan dengan baik.

Beliau bagaimanapun berkata, timbul rasa bimbang di kalangan mereka kerana ia merupakan kali pertama mereka menghabiskan masa di penjara.

"Mereka tertekan. Ini adalah kali pertama mereka menghabiskan masa di penjara. Kebanyakan mereka adalah mak andam dan mereka bimbang ini akan menjejaskan reputasi dan pendapatan mereka," katanya kepada The Star Online.

Suspek Kes Bunuh Adik Ipar Cuba Bunuh Diri Minum Racun


Diterbitkan: Khamis, 12 Jun 2014 8:50 AM
Polis membawa mayat Sivashangari yang ditemui mati dalam keadaan berbogel di sebuah hotel bajet di Kelana Jaya pada Selasa lalu.
  (Ubah saiz teks)
IPOH: Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes kematian adik iparnya di sebuah hotel bajet di Kelana Jaya, Petaling Jaya cuba untuk membunuh diri dengan meminum racun.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata, polis menahan suspek berusia 26 tahun itu di tandas awam dekat sebuah pasar di Teluk Intan.
Beliau berkata, lelaki itu meminum air daripada botol mengandungi racun di sebuah tandas pada kira-kira puku; 4.30 petang Selasa.