Friday, 16 May 2014

Blackout 505: Dua Anggota Parlimen Pohon Dilepas Tanpa Dibebaskan


Diterbitkan: Khamis, 15 Mei 2014 10:55 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Dua anggota Parlimen, seorang anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dan seorang sekretariat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Khamis memohon Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan mereka daripada pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 berkaitan perhimpunan 'Blackout 505' di Padang Merbok tahun lepas.

Anthony Loke Siew Fook, 37, (anggota Parlimen Seremban) Mohd Rafizi Ramli, 37, (anggota Parlimen Pandan), Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, 53, (Adun Batu Burok) dan Muhammad Adib Ishar, 25, mengemukakan permohonan itu pada prosiding perbicaraan kes mereka, Khamis.

Bekas Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Sabah Didakwa Rasuah


Diterbitkan: Khamis, 15 Mei 2014 3:06 PM
  (Ubah saiz teks)
KOTA KINABALU: Bekas pegawai kanan Jabatan Imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah terhadap enam pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM12,371 pada 2012.
Ag Ku Mohd Shaifull Ampuan Ag Damit, 42, bekas Timbalan Penolong Pengarah Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu didakwa menerima RM2,000 daripada Kent Ng Thien Ming supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya menggaji pekerja asing tanpa permit kerja yang sah di City Kopitiam di sini.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Jabatan Imigresen Malaysia Sabah pada 11 Sept 2012.
Ag Ku Mohd Shaifull juga didakwa menerima RM10,000 daripada Ng di tempat yang sama pada 16 Okt 2012 atas alasan sama.

Perodua Viva Terperosok Bawah Pesawat MAS Dalam Kemalangan Di KLIA


Diterbitkan: Khamis, 15 Mei 2014 5:35 PM
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Satu kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Viva dan pesawat MAS yang akan berlepas dari Kuala Lumpur ke Yangon (KUL-RGN) berlaku kira-kira pukul 8.50 pagi, Khamis.

Dalam kejadian yang berlaku di kawasan pemunggahan kargo MAS (Bay A2) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kereta milik anak syarikat MAS, Firm City itu telah terperosok di bawah pesawat MH (9M-MXG) yang dijadualkan berlepas pada pukul 10.05 pagi.

"Siasatan mendapati pemandu kereta berkenaan mengaku tidak menarik 'handbrake' dengan kemas menyebabkan kereta bergerak sendiri.