Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 1:03 PM
Najib menaburkan beras pada kolam sempena sambutan Hari Deepavali anjuran MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Rabu. Turut kelihatan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel. - foto RAJA FAISAL HISHAN/ The Star.
(Ubah saiz teks)
Sambutan kemuncak di ibu negara ialah rumah terbuka Deepavali yang dianjurkan MIC di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Paluan gendang dan serunai mengiringi ketibaan Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional pada kira-kira 10.15 pagi, dengan disambut Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan pemimpin-pemimpin parti yang lain.