Thursday, 15 January 2015

Peperiksaan Kelayakan Pesuruhjaya Sumpah 1/2015

Peperiksaan tersebut akan dijalankan dari 9 hingga 11 Februari 2015
di Istana Kehakiman, Mahkamah Persekutuan Malaysia, Putrajaya.
Calon-calon yang telah dimaklumkan akan perkara tersebut mestilah
membuat persediaan 100 peratus jika ingin lulus peperiksaan
tersebut.  Tiada jalan pintas untuk lulus kecuali bersungguh2 membaca
dan membuat kajian sepenuhnya. Bab yang penting adalah seperti di bawah:
1.  Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993
2.  Pengenalan Undang-Undang Malaysia
3.  Pengetahuan Am tentang Malaysia
4.  Arahan2 Amalan tentang PJS
5.  Akta atau Peraturan2 yang berkaitan dengan        PJS

                                                                                     Admin remba@pjs

Kes Deepa: Mahkamah Persekutuan Tangguh Arahan Hak Penjagaan


Diterbitkan: Rabu, 14 Januari 2015 4:30 PM
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan bapa mualaf, Izwan Abdullah untuk menangguhkan perintah supaya menyerahkan anak lelakinya berusia enam tahun kepada bekas isterinya, S. Deepa.

Keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin turut membabitkan penangguhan perintah yang pernah dibuat oleh mahkamah yang lebih rendah sebelum ini.

Ia membabitkan penangguhan perintah Mahkamah Tinggi Seremban yang memberi hak penjagaan anaknya kepada ibu mereka dan mengarahkan polis mendapatkan kembali Mithran daripada Izwan pada 21 Mei 2014.

Polis Sahkan Sirul Azhar Berada di Australia


Diterbitkan: Rabu, 14 Januari 2015 3:45 PM
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Polis mengesahkan suspek kes bunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibu, Koperal Sirul Azhar telah ke Australia, Oktober lalu, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohammad Salleh pada Rabu. 
Pada Selasa,  mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap ekoran kegagalan Sirul menghadiri sesi penghakiman keputusan rayuan terhadap pertuduhan kes membunuh Altantuya yang dihadapinya. 
Mahkamah Persekutuan pada Selasa memutuskan Sirul Azhar, 42 dan Cif Inspektor Azilah Hadri dikenakan hukuman mati kerana membunuh Altantuya selepas lima panel hakim memutuskan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini. 
Sementara itu, Bernama melaporkan peguam Sirul, Kamarul Hisham Kamaruddin berkata, kali terakhir dia berhubung dengan anak guamnya itu kira-kira seminggu selepas selesai pendengaran kes pada Jun lalu.

Tujuh Rentung Bas Persiaran Terbakar Di Tapah


Diterbitkan: Khamis, 15 Januari 2015 8:17 AM
Sebuah bas persiaran terbakar menyebabkan tujuh rentung dalam kejadian di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur keluar Tapah , pagi Khamis.
  (Ubah saiz teks)
TAPAH: Tujuh penumpang rentung apabila bas persiaran yang mereka naiki terbakar selepas terbabas di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara- Selatan arah selatan berhampiran Tol Tapah awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata nahas pada pukul 1.15 pagi itu menyebabkan 22 penumpang lain cedera dengan 15 daripada mereka parah.

Beliau berkata mayat mangsa dan penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Tapah.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas cuba mengelak tayar di tengah jalan dan ini menyebabkan bas tersebut terbabas ke dalam parit di bahagian kiri lalu terbakar," katanya di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, bas persiaran berkenaan membawa 30 penumpang dari Kuala Kurau ke Cameron Highlands dan polis kini menyiasat kemungkinan seorang lagi penumpang yang masih hilang turut menaiki kenderaan itu.