Thursday 15 January 2015

Tujuh Rentung Bas Persiaran Terbakar Di Tapah


Diterbitkan: Khamis, 15 Januari 2015 8:17 AM
Sebuah bas persiaran terbakar menyebabkan tujuh rentung dalam kejadian di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur keluar Tapah , pagi Khamis.
  (Ubah saiz teks)
TAPAH: Tujuh penumpang rentung apabila bas persiaran yang mereka naiki terbakar selepas terbabas di Kilometer 326.3 Lebuhraya Utara- Selatan arah selatan berhampiran Tol Tapah awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Tapah Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata nahas pada pukul 1.15 pagi itu menyebabkan 22 penumpang lain cedera dengan 15 daripada mereka parah.

Beliau berkata mayat mangsa dan penumpang yang cedera dihantar ke Hospital Tapah.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas cuba mengelak tayar di tengah jalan dan ini menyebabkan bas tersebut terbabas ke dalam parit di bahagian kiri lalu terbakar," katanya di lokasi kejadian.

Ketika kejadian, bas persiaran berkenaan membawa 30 penumpang dari Kuala Kurau ke Cameron Highlands dan polis kini menyiasat kemungkinan seorang lagi penumpang yang masih hilang turut menaiki kenderaan itu.

No comments:

Post a Comment