Diterbitkan: Isnin, 12 Mei 2014 2:56 PM
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Dua kes saman yang melibatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalannya Mohamad Sabu terhadap Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan dua lagi berhubung penyiaran artikel dalam kolum 'Langit Terbuka' akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Mac 2012, pada Isnin diselesaikan secara baik.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yeoh Wee Siam merekodkan penghakiman persetujuan itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Abdul Hadi dan Mohamad Sabu serta peguam Datuk Mohd Haaziq Pillay yang mewakili Mashitah.
Mohamed Hanipa yang memaklumkan perkara itu kepada pemberita bagaimanapun enggan mendedahkan terma-terma penyelesaian yang dicapai kedua-dua pihak.