Tuesday 22 January 2013

Mahkamah Persekutuan: Kerusi Kota Siputeh Tak Kosong

21.1.2013
Mahkamah Persekutuan,Putrajaya memutuskan  bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri Kota Siputeh di Kedah tidak kosong kerana Anggota Dewan Undangan Negerinya, Datuk Abu Hasan Sarif daripada Barisan National, bukan gagal menghadiri dua persidangan Dewan Undangan Negeri pada 2009, secara berturut-turut.

Dalam keputusan mejoriti 4-1, Hakim Besar Malaya, YAA Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengistiharkan bahawa kedua-dua hari itu, 19 April dan 9 )gos 2009, tarikh Abu Hasan tidak hadir tanpa kebenaran Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail, bukan mesyuarat berturut-turut.