Thursday 20 March 2014

Tiga Pelatih Pusat Pemulihan Dituduh Bunuh Rakan

Diterbitkan: Khamis, 20 Mac 2014 4:17 PM
(Ubah saiz teks)
TUMPAT: Tiga pelatih sebuah pusat pemulihan dadah pada Khamis dihadap ke Mahkamah Majistret di sini terhadap pertuduhan membunuh seorang pelatih di pusat itu, minggu lepas.

Ahmad Sobri Jamil, 26, Mohd Faza Mohd Kamil, 24, dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun didakwa secara bersama membunuh Muhammad Aiman Syahmi Hamdan, 18, di Pusat Pemulihan Tradisional Pondok Darul Hanan Kampung Lambor, Wakaf Baharu, di sini pada 13 Jan 2014 hingga 13 Mac 2014.

Ketiga-tiga tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Adha Amir Yasser Amri. 

Lima Remaja Maut Kemalangan Di Juru

Diterbitkan: Rabu, 19 Mac 2014 10:38 AM
Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa kereta yang menyebabkan empat orang maut setelah terbabas dan merempuh sebatang pokok di KM 141.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Juru di Bukit Mertajam, malam Selasa. -fotoBERNAMA
(Ubah saiz teks)
BUKIT MERTAJAM: Lima sahabat yang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Nibong Tebal maut apabila kereta yang mereka naiki terbabas di kilometer 141.9 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran kawasan rehat dan rawat Juru di sini, Selasa.

Polis Tembak Mati Dua Suspek Dipercayai Geng 21

Diterbitkan: Khamis, 20 Mac 2014 8:17 AM
(Ubah saiz teks)
KAJANG: Polis menembak mati dua suspek dipercayai ahli kumpulan Geng 21 dalam kejadian tembak menembak berhampiran sebuah tapak pembinaan di Ara Damansara, di Selangor malam Selasa.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata kejadian itu berlaku 10.50 malam apabila suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Wira Aeroback, melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis yang mengejar mereka selepas mendapati mereka terperangkap di jalan mati.