Monday, 20 October 2014

Felda Menang Saman Fitnah Terhadap Wan Azizah


Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2014 6:21 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan syarikat pelaburannya menang saman fitnah terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said memutuskan bahawa Felda sebagai sebuah badan berkanun mempunyai hak untuk menyaman pihak-pihak di bawah Seksyen 15 (1) Akta Pembangunan Tanah 1956.

"Terdapat peruntukan undang-undang bagi plaintif (Felda) di untuk mendakwa. Oleh itu, Felda boleh memulakan prosiding sivil (terhadap defendan). Ia boleh menyaman untuk melindungi reputasinya," katanya selepas menolak isu awal yang dibangkitkan dalam perkara itu pada Jumaat.

Mahkamah Batalkan Saman Adinda Sultan Kelantan Terhadap Polis


Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2014 3:41 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Jumaat membatalkan saman dikemukakan adinda Sultan Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra terhadap polis dan kerajaan atas dakwaan menangkapnya secara salah, selepas putera itu dan peguamnya gagal hadir di mahkamah.
Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak polis dan kerajaan untuk membatalkan saman itu, dan memerintahkan Tengku Muhammad Fakhry membayar kos RM5,000 kepada semua defendan.
Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad dan Andi Razalijaya A. Dadi yang mewakili defendan, memberitahu pemberita mereka meminta saman itu dibatalkan berikutan ketidakhadiran Tengku Muhammad Fakhry dan peguamnya yang baru dilantik apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes.

Dua Maut Nahas Motosikal Berkuasa Tinggi Di Lebuhraya Karak


Diterbitkan: Ahad, 19 Oktober 2014 3:49 PM
Ketiga-tiga motosikal musnah akibat terbakar.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Dua maut dalam satu kemalangan membabitkan tiga motosikal besar berkuasa tinggi di Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur pada Ahad.

Salah seorang mangsa yang maut ditemui dalam keadaan rentung.

Seorang penunggang motosikal dilaporkan berada dalam keadaan serius akibat pelanggaran itu.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 11.40 pagi membabitkan tiga motosikal besar berkuasa tinggi dan sebuah kereta.

Ketiga-tiga motosikal terbabit musnah akibat terbakar.

Kemalangan itu menyebabkan keadaan sesak sepanjang 7 kilometer.

Pelajar Buat Laporan Palsu Berdepan Dengan Tindakan Polis


Diterbitkan: Ahad, 19 Oktober 2014 9:16 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar jurusan Diploma Rekaan Fesyen bakal berdepan dengan siasatan kerana membuat laporan palsu kepada polis.

Pada Sabtu, pelajar semester lima di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) di Johor itu telah membuat laporan polis di Dungun, yang mendakwa dia berjaya melarikan diri dari penculik.

Pelajar berusia 20 tahun itu memberitahu polis, dia keluar dari rumahnya untuk pergi ke kelas, dan pengsan sebelum tersedar berada di dalam sebuah kontena lori.

Dia juga mendakwa terdapat tujuh orang kanak-kanak turut berada di dalam kontena itu, manakala tiga lelaki yang menculiknya berasal dari Kelantan berdasarkan dialek percakapan mereka.

Pelajar itu memberitahu polis bahawa dia berjaya melarikan diri ketika lori tersebut berhenti di stesen minyak di Dungun sebelum dia menelefon ibunya.