Diterbitkan: Khamis, 12 Jun 2014 6:27 PM
(Ubah saiz teks)
Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, SAC Roslee Chik berkata pasukan khas itu yang ditubuhkan tiga minggu lepas bukan sahaja memantau malah akan menahan sindiket yang terbabit dalam aktiviti haram itu sepanjang perlawanan bola sepak.
"Kami (polis) bersiap sedia untuk 'perang' secara besar-besaran bagi membanteras kegiatan haram itu."Jenayah rentas sempadan ini melibatkan jaringan dengan laman web luar negara dan terdapat juga transaksi hasil pertaruhan disalurkan masuk dan keluar negara. 'Server' (pelayan) bagi laman web perjudian ini biasanya berada di luar negara seperti Filipina dan Kemboja," katanya kepada pemberita di sini Khamis.