Tuesday, 14 April 2015

Zaid: Najib cuma jawab 'tak kenal Altantuya'



Bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata penjelasan Datuk Seri Najib Razak tidak memadai kerana perdana menteri itu hanya menyebut tidak mengenali mendiang Altantuya Shaariibuu.

Zaid berkata, persoalan sebenar adalah sebab bekas komando polis, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri membunuh wanita tersebut.

“Saya ulang: Kita mahu tahu mengapa pengawal Najib bunuh Altantuya. Takkanlah jawapannya 'Saya tidak kenal (Altantuya),” kata Zaid di Twitter.

Dalam siri tulisannya di laman itu, Zaid turut mempersoalkan mengapa syarikat pelaburan negara hanya diasaskan dengan modal kecil.

Menurutnya, persoalan seperti itu perlu diperjelaskan.

Saya sedar saya keseorangan, kata Dr M


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengeluh bahawa beliau keseorangan ketika membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagi mewajarkan kritikannya itu, Mahathir berkata soalan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) masih tidak berjawab dan ramai pihak masih bertanya kepadanya berkaitan kes pembunuhan Alttantuya Shaariibuu.

“Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah.

“Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya,” soalnya dalam tulisan blog terbaru berjudul “Soal tak jawab”.

Meneruskan asakannya, perdana menteri 22 tahun itu terus membangkitkan persoalan berhubung status wang 1MDB, syarikat pelaburan cetusan ilham Najib.

“Hakikatnya wang 1MDB ada di mana masih tidak dijawab, kata Dato Sri Najib wang itu tidak ada di Cayman Islands. Tetapi dulu mengaku ada di Cayman Islands dan sudah dibawa balik.