Thursday, 16 April 2015

Dr M: Pak Lah tidur pun dapat 140 kerusi



Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan prestasi lebih baik daripada Datuk Seri Najib Razak walaupun mempunyai masalah berkaitan tidur.

Mahathir, perdana menteri keempat, berkata Abdullah walaupun begitu memastikan BN mendapat 140 kerusi dalam pilihan raya umum 2008.

Sedangkan, kata Mahathir lagi, BN bawah pentadbiran Najib pula hanya mendapat 133 kerusi dalam pilihan raya umum lalu.

Menurut rakaman wawancara disiarkan Perak Today, Mahathir juga berkata prestasi lebih buruk berlaku walaupun kerajaan menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Mahathir membangkitkan terdapat masyarakat Cina memberitahunya bahawa tindakan itu rasuah kerana diberikan ketika hampir pilihan raya.

Beliau yang memainkan peranan aktif memastikan kejatuhan Abdullah kini beralih arah kepada Najib selepas memberi amaran BN akan kalah dalam pilihan raya dengan pentadbiran sedia ada.

Nur Jazlan: Mengapa Jho Low Bela Diri Sendiri?


Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 10:04 PM
Nur Jazlan Mohamed
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Low Taek Jho akan dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) jika ahli perniagaan itu mempunyai kaitan dengan syarikat pelaburan kerajaan iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pada tahap ini beliau tidak dapat mengesahkan sama ada Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low mempunyai kaitan dengan 1MDB.

"Saya tidak tahu pada masa ini sehingga kita memulakan prosiding siasatan. Jika terdapat apa-apa hubung kait (1MDB), kami akan memanggil beliau untuk datang ke PAC," kata Nur Jazlan, sambil menambah bahawa tidak guna membuat spekulasi sehingga siasatan bermula.

"Saya sebenarnya tidak tahu mengapa dia (Jho Low) tampil kepada media dan membuat semua dakwaan ini kerana dari segi struktur organisasi, pengurusan atau lembaga pengarah 1MDB...dia tiada kaitan. Dia tidak bekerja atau pengarah 1MDB jadi mengapa dia mempertahankan dirinya dalam perkara ini?" kata Nur Jazlan.

"Laporan Ketua Audit Negara dilakukan secara profesional untuk melihat penyata kewangan 1MDB. Kami (PAC) melihat ia dari sudut politik dan juga dan kami ingin tahu apa yang sedang berlaku. Jawatankuasa kami adalah antara yang paling bebas di negara ini kerana ia terdiri daripada wakil rakyat kerajaan dan pembangkang dan sebenarnya mencerminkan suara rakyat," katanya.

Pada Isnin, Nur Jazlan berkata PAC boleh memulakan audit sendiri ke atas 1MDB tanpa menunggu penemuan Ketua Audit Negara.

Beliau menjelaskan bahawa langkah itu perlu kerana isu tersebut telah pun dipolitikkan oleh banyak pihak.

Pendakwaan Akan Buktikan Yazit Sufaat Penaung Kumpulan Pengganas


Diterbitkan: Selasa, 14 April 2015 9:45 AM
Yazid Sufaat.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Pendakwaan akan membuktikan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat, adalah penaung kumpulan pengganas 'Tanzim Al-Qaeda Malaysia', yang diasaskannya.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, Yazid juga menjalankan beberapa siri usrah di rumahnya di Taman Bukit Ampang, Lembah Jaya, Ampang, Selangor antara Julai dan Oktober 2012 untuk merekrut anggota baharu serta menyebarkan ideologi keganasan.
Mohamad Hanafiah berkata, pihaknya juga akan membuktikan bahawa melalui usrah tersebut, tertuduh menggalakkan perbuatan keganasan yang menjurus kepada mengugut orang awam di Syria.
"Pihak pendakwaan juga akan membuktikan bahawa kedua-dua tertuduh sepanjang tempoh antara 1 Ogos 2012 dan 7 Februari 2013 telah menjadi anggota kumpulan pengganas Tanzim Al-Qaeda Malaysia," katanya dalam ucapan pembukaan perbicaraan hari pertama kes Yazid dan pembantu kafetaria, Muhammad Hilmi Hasim di hadapan Hakim Datuk Mohd Azman Husin.

Dua Beranak Tampar, Ludah Anggota Trafik Ditahan


Diterbitkan: Rabu, 15 April 2015 11:00 PM
Gambar hiasan.
  (Ubah saiz teks)
GEORGE TOWN: Dua beranak yang tidak berpuas hati dengan tindakan seorang anggota polis trafik menyaman mereka di Jalan Patani di sini, didakwa meludah dan menampar muka anggota trafik itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata kereta yang dinaiki dua lelaki itu ditahan anggota trafik pada pukul 9.50 malam kerana mereka didapati tidak memakai tali pinggang keledar.

"Anggota polis terbabit meminta kad pengenalan dan lesen memandu ahli perniagaan berusia 31 tahun itu dan mendapati ia telah tamat tempoh sejak tahun lepas.

"Semasa menulis saman, lelaki yang duduk di tempat penumpang keluar dan merayu agar polis tidak menyaman anaknya, tetapi anggota polis itu tidak menghiraukannya," katanya di sini, Rabu.

Beliau berkata anggota polis itu kemudian meminta pemandu kereta berkenaan menandatangani saman yang dikeluarkan dan menyerahkan salinannya kepada lelaki terbabit.

Mior Faridalatrash berkata setelah menyerahkan salinan saman itu, lelaki berusia 67 tahun itu mengeluarkan kata-kata kurang enak dan tiba-tiba meludah ke arah muka anggota polis itu.

"Anggota polis berkenaan cuba menahan lelaki itu menyebabkan anaknya keluar dari kereta dan menampar muka anggota trafik itu. Kedua-dua beranak itu ditahan oleh dua lagi polis yang berada di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata dua beranak itu berasal dari Bukit Mertajam, dekat sini dan dalam perjalanan ke George Town atas urusan perniagaan dan mereka kini direman tiga hari bagi membantu siasatan.

Mahathir tak keseorangan, Siti Nurhaliza ada



Jarang menyentuh soal politik, penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza tampil mengejutkan dengan menyatakan sokongan terbuka pada Tun Dr Mahathir Mohamad yang “keseorangan” mengkritik pentadbiran perdana menteri.

Bagi penyanyi kelahiran Lipis, Pahang itu, perdana menteri 22 tahun itu menyentuh hatinya kerana mengharungi pelbagai cabaran membangunkan Malaysia sehingga terkenal di mata dunia.

Love you Tun (Mahathir) dan sentiasa bersama Tun....

“Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata Dunia patut kita hargai serta contohi.

“Tiada yang muda Kalau tidak kerana orang tua,” tulis Siti Nuhaliza di akaun perkongsian gambar Instagram beliau yang mempunyai pengikut besar 1.4 juta orang.

Ditembak polis, wanita menang kes RM300K



Mahkamah Rayuan Putrajaya mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan RM300,000 dibayar kepada seorang ibu yang menjadi mangsa kes tembakan pada 2010.

Panel tiga anggota diketuai oleh Hakim Abang Iskandar Abang Hashim memerintahkan bahawa Mahkamah Rayuan tidak patut mengganggu keputusan di mahkamah lebih rendah.

“Hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf dalam undang-undang dan fakta-faktanya,” kata Abang Iskandar.

Mahkamah sekali gus menolak rayuan polis dan kerajaan dalam kes wanita bernama Norizan Salleh itu.

Hakim lain termasuk, P Nalini dan Dr Prasad Sandosham Abraham.

Mereka juga mengarahkan polis dan kerajaan membayar kos RM10,000 kepada Norizan.

Polis sebelum ini mengeluarkan 16 das tembakan terhadap Norizan yang berada dalam sebuah kereta. Lima daripadanya mengenai dan mencederakannya.