PETALING JAYA: Low Taek Jho akan dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) jika ahli perniagaan itu mempunyai kaitan dengan syarikat pelaburan kerajaan iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bagaimanapun Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, pada tahap ini beliau tidak dapat mengesahkan sama ada Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low mempunyai kaitan dengan 1MDB.
"Saya tidak tahu pada masa ini sehingga kita memulakan prosiding siasatan. Jika terdapat apa-apa hubung kait (1MDB), kami akan memanggil beliau untuk datang ke PAC," kata Nur Jazlan, sambil menambah bahawa tidak guna membuat spekulasi sehingga siasatan bermula.
"Saya sebenarnya tidak tahu mengapa dia (Jho Low) tampil kepada media dan membuat semua dakwaan ini kerana dari segi struktur organisasi, pengurusan atau lembaga pengarah 1MDB...dia tiada kaitan. Dia tidak bekerja atau pengarah 1MDB jadi mengapa dia mempertahankan dirinya dalam perkara ini?" kata Nur Jazlan.
"Laporan Ketua Audit Negara dilakukan secara profesional untuk melihat penyata kewangan 1MDB. Kami (PAC) melihat ia dari sudut politik dan juga dan kami ingin tahu apa yang sedang berlaku. Jawatankuasa kami adalah antara yang paling bebas di negara ini kerana ia terdiri daripada wakil rakyat kerajaan dan pembangkang dan sebenarnya mencerminkan suara rakyat," katanya.
Pada Isnin, Nur Jazlan berkata PAC boleh memulakan audit sendiri ke atas 1MDB tanpa menunggu penemuan Ketua Audit Negara.
Beliau menjelaskan bahawa langkah itu perlu kerana isu tersebut telah pun dipolitikkan oleh banyak pihak.

No comments:
Post a Comment