Sabtu Februari 22, 2014
KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu pasukan komando VAT69 melepaskan tembakan ke arah tiga penceroboh bersenjata selepas mereka menuju dalam keadaan tergesa-gesa ke arah pasukan VAT69.
Menceritakan detik cemas itu, Inspektor Mazrul Mansor, anggota komando VAT69berkata apabila melihat tiga penceroboh itu menuju ke arah pasukannya, beliau telah mengarahkan pasukannya berada dalam keadaan bersedia.
"Apabila pihak penceroboh menghampiri kami, saya arahkan pasukan saya menembak ke arah mereka," katanya pada hari ke-21 perbicaraan 30 individu yang didakwa terhadap pelbagai pertuduhan berkaitan kegiatan pengganas di Sabah tahun lepas.