Saturday 22 February 2014

Pasukan VAT69 Tembak Penceroboh Bersenjata Hampiri Mereka - Saksi

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu pasukan komando VAT69 melepaskan tembakan ke arah tiga penceroboh bersenjata selepas mereka menuju dalam keadaan tergesa-gesa ke arah pasukan VAT69.
Menceritakan detik cemas itu, Inspektor Mazrul Mansor, anggota komando VAT69berkata apabila melihat tiga penceroboh itu menuju ke arah pasukannya, beliau telah mengarahkan pasukannya berada dalam keadaan bersedia.
"Apabila pihak penceroboh menghampiri kami, saya arahkan pasukan saya menembak ke arah mereka," katanya pada hari ke-21 perbicaraan 30 individu yang didakwa terhadap pelbagai pertuduhan berkaitan kegiatan pengganas di Sabah tahun lepas.
Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Wahab Mohamed, saksi pendakwa ke-10 itu berkata selepas itu beliau melihat seorang daripada penceroboh yang memegang senjata api itu rebah manakala dua lagi berjaya melepaskan diri.
Beliau berkata kejadian itu berlaku semasa beliau dan pasukannya sedang melakukan operasi pintas di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu pada 3.30 petang 6 Mac tahun lepas.
Mazrul berkata kejadian tembak menembak dengan penceroboh bersenjata itu berlangsung antara 15 minit sehingga 20 minit.
Abdul Wahab : Adakah kamu atau anggota pasukan kamu pergi melihatpenceroboh bersenjata yang rebah itu?
Mazrul: Saya tidak arahkan sesiapa anggota saya pergi tengok memandangkan ketika itu ada lagi tembakan ke arah kami. Ini boleh mendatangkan bahaya kepada kami semua.
Abdul Wahab : Adakah kamu mendengar bunyi tembak menembak dari pasukan lain yang sedang melakukan operasi pembersihan di kawasan lain?
Mazrul : Ya ada, dari arah kanan dan kiri kami.
Ditanya Abdul Wahab apakah pakaian yang dipakai penceroboh itu, Mazrul berkata seorang memakai seluar dan baju berceloreng manakala dua lagi memakai seluar celoreng bersama baju T berwarna putih.
Mazrul berkata beliau melihat seorang yang memakai seluar celoreng dan baju T putih memegang senjata api laras panjang.
Beliau berkata sebelum kejadian tembak menembak berlaku, beliau dan anggotapasukannya melihat tiga penceroboh itu pada jarak 30 meter sebelum mereka bergerak secara tergesa-gesa ke arahnya dan pasukan.
Katanya operasi pintas di Kampung Tanjung Batu itu berakhir pada 22 Mac tahun lepas.
Terdahulu Mazrul dalam keterangannya memberitahu mahkamah bahawa pada 28 Febtahun lepas beliau dan pasukannya telah diberikan taklimat berhubung tinjauanrapat yang akan dilakukan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Beliau yang diberikan tugasan di Sektor A, berkata tujuan tinjauan rapat itu ialah bagi mengenal pasti kekuatan pasukan penceroboh, kedudukan dan juga kubu mereka di Sektor A.
Saksi itu berkata pada 1 Mac tahun lepas pukul 10 pagi, semasa sedang membuat tinjauan rapat di Sektor A, Kampung Tanduo. beliau dan pasukannya mendengar bunyi tembak menembak bertalu-talu dari Sektor B, C dan D iaitu jarak 1km dari Sektor A.
Kepada soalan Abdul Wahab apakah jenis senjata yang digunakan dan letupanitu, Mazrul berkata "berdasarkan pengalaman saya tembakan itu menggunakansenjata api jenis M16 manakala letupan itu menggunakan bom tangan".
Sebanyak 30 tertuduh terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga penduduktempatan dibicarakan dalam kes ini.
Mereka berdepan pelbagai tuduhan iaitu menjadi anggota kumpulan pengganasatau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untukkumpulan pengganas atau melindungi individu yang mereka tahu adalah anggotakumpulan pengganas.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 12 Februari dan 10 April 2013. Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung yang diadakan di Jabatan PenjaraSabah bersambung 3 Mac.-BERNAMA
  • Print this story

No comments:

Post a Comment