Friday 14 November 2014

Pegawai Kerajaan Didakwa Minta Habuan Seks Daripada Janda Ditahan


Diterbitkan: Khamis, 13 November 2014 8:41 PM
  (Ubah saiz teks)
ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai tadbir yang menjawat jawatan penolong pengurus di sebuah jabatan kerajaan kerana didakwa meminta habuan seks daripada pemohon rumah bantuan berstatus ibu tunggal.
Menurut sumber, pegawai kerajaan berusia 50-an itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Putra di sini pada pukul 2 petang Khamis selepas didakwa meminta habuan seks daripada seorang ibu tunggal berusia 20-an.
Difahamkan, suspek memilih mangsa menerusi gambar pada borang atau surat pemohonan yang dihantar pemohon sebelum menghubungi mereka.
"Dia kemudian mendakwa mempunyai kuasa untuk memberi kelulusan dalam permohonan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

S'gor serah kembali Bible yang dirampas


Setelah hampir setahun, kerajaan Selangor akhirnya menyerahkan kembali kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia.

Sebanyak 351 kitab suci bagi penganut Kristian itu diserahkan di Istana Alam Shah dalam satu majlis pagi ini kepada Persatuan Gereja-gereja Sarawak (ACS) ketika kunjungan hormat pengerusinya Datuk Bolly Lapok menemui Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Penyerahan itu turut disaksikan Menteri Besar Azmin Ali yang berpakaian baju Melayu warna kelabu lengkap bersampin dan bersongkok.

Bolly turut ditemani Setiausaha Agung ACS Elder Ambrose Linang dan Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia, Rev Dr Herman Shastri.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohammad Adzib Mohd Isa dan Pengerusi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Tian Chua dibebaskan dari tuduhan hasutan



Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan naib presiden PKR, Tian Chua dari tuduhan mengikut Akta Hasutan berhubung kenyataannya mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Norsharidah Awang berkata pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

"Oleh itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan,” katanya.