Monday 10 November 2014

SPRM Syor Tubuh Pasukan Khas Siasat Penerokaan Haram


Diterbitkan: Isnin, 10 November 2014 8:35 AM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  mencadangkan penubuhan pasukan khas bagi mengekang jenayah rasuah di sebalik penerokaan tanah secara haram di Cameron Highlands. 
 

Pencerobohan tanah ini dilaporkan menjadi punca utama sering berlaku banjir lumpur yang teruk di kawasan tanah tinggi itu.  

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali berkata, pasukan itu perlu diberi kebebasan melaksanakan penguatkuasaan dengan berkesan sekaligus bertindak dengan adil tanpa tekanan atau pengaruh mana-mana pihak. 
|
Sehubungan itu, katanya, dasar kawalan kemasukan dan pengesanan pekerja asing khususnya di Cameron Highlands perlu diwujudkan untuk memastikan pembukaan kawasan pertanian secara haram dapat dibendung. 

"Kita juga mengesyorkan agar kajian semula dasar dilakukan berhubung pemberian Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi tujuan menyekat penerokaan tanah kerajaan secara haram. 

Imigresen Tahan 181 Pati Di Cameron Highlands


Diterbitkan: Ahad, 9 November 2014 11:01 PM
  (Ubah saiz teks)
CAMERON HIGHLANDS: Sebanyak 181 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan atas pelbagai kesalahan dalam 'Ops Gempak dan Mesra' di tujuh lokasi berasingan sekitar Cameron Highlands pada Ahad.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Bahagian Kawalan, Datuk Sakib Kusmi berkata tujuh lokasi itu ialah di Ringlet, Lembah Bertam, Tanah Rata, Brinchang, Kampung Raja, Tringkap dan Kuala Terla.

Beliau berkata operasi itu adalah yang pertama dijalankan untuk menahan dan menangkap PATI di sekitar daerah berkenaan berikutan jumlahnya yang semakin meningkat dan membimbangkan.

"Dalam operasi itu, banyak 581 warga asing diperiksa dan daripada jumlah itu, hanya 181 ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah.