Friday 3 October 2014

Lima Jenazah Selamat Tiba Di Tanah Air


Diterbitkan: Jumaat, 3 Oktober 2014 8:40 AM
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Lima lagi jenazah mangsa nahas pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 selamat tiba di perkarangan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.40 pagi Jumaat.

Lima jenazah tersebut adalah Matthew Ezekial Sivagnanam, pasangan suami isteri Liew Yau Chee dan Lee Kiah Yeen, Meling Anak Mula dan Muhammad Afruz Tambi.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hadir untuk memberikan penghormatan ketenteraan kepada lima jenazah tersebut seperti sebelum ini.

Pengusaha Homestay Dituduh Rakam Gambar Bogel


Diterbitkan: Rabu, 1 Oktober 2014 2:36 PM
  (Ubah saiz teks)
IPOH: Seorang pengusaha homestay dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, Rabu, atas tuduhan merakam gambar tiga lelaki dan lima wanita mandi dalam keadaan bogel, melalui mini kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di bilik air homestay itu pada Julai lepas.
Tertuduh Lim Lai Heng, 42, mengaku tidak bersalah selepas lapan pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadaapan Majistret Haslinda A. Raof.
Lim didakwa hendak mengaibkan kehormatan mangsa dengan sengaja merakam gambar keluarga itu melalui mini CCTC yang dia pasang dalam bilik air tingkat atas homestay berkenaan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan terhadap mangsa berumur 17 tahun hingga 53 tahun di Ipoh Garden Homestay, Jalan Pekeliling Tasek, Taman Canning di sini pada pukul 2.30 petang hingga 11.30 malam, 27 Julai lepas.

Lagi Makmal Dadah Di P Pinang Diserbu


Diterbitkan: Khamis, 2 Oktober 2014 2:45 PM
  (Ubah saiz teks)
GEORGE TOWN: Polis membongkar sebuah makmal memproses dadah berikutan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sebuah apartment di Lorong Bidor, di sini, Khamis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang Supt Guan Beng Kang berkata polis turut merampas pelbagai dadah bernilai RM50,000 dan wang tunai RM1,150 dalam serbuan pada 12 tengah hari itu.
"Lelaki yang ditahan itu masing-masing berusia 44 dan 55 tahun dan hasil pemeriksaan, kami mendapati sebuah bilik di rumah itu dijadikan makmal dadah.
"Dadah-dadah yang dirampas ialah 877 gram ketamin, serbuk dadah (530 gram), heroin (18.5 gram), serbuk kafein (5,700 gram), pil erimin 5 (tiga biji) dan sejumlah bahan kimia dan kami turut merampas peralatan memproses dadah," katanya dalam sidang akhbar di sini, Khamis.

Polis Tahan Empat Lelaki Disyaki Tanam Pokok Ganja


Diterbitkan: Khamis, 2 Oktober 2014 10:04 PM
  (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM: Polis Selangor memberkas seorang guru dan tiga rakannya kerana disyaki menanam 31 pohon pokok ganja di belakang sebuah rumah di Kampung Melayu di Sungai Buloh, Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri ACP Md Tahir Kasim berkata keempat-empat lelaki berusia lingkungan 34 dan 45 tahun itu ditahan kira-kira 3.30 petang dalam keadaan khayal di rumah berkenaan.
 
"Serbuan dibuat selepas kami menerima maklumat orang awam mengenai kegiatan suspek yang menanam pokok mencurigakan di dalam pasu dan beg plastik di bahagian belakang rumah terbabit.