Wednesday, 7 February 2018

Pembunuhan Altantuya: Deepak akan disoal

 MALAYSIAKINI 6 Feb 2018, 6:57 pm      6 Feb 2018, 7:02 pm
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran kepada balu penyiasat persendirian, P Balasubramaniam - A Santamil Selvi - untuk menyoal penjual permaidani kontroversial Deepak Jaikishian berhubung samannya selepas keluarga itu terpaksa hidup dalam buangan selama lima tahun susulan pembunuhan Altantuya Shaariibu.
Deepak yang hadir di mahkamah memberitahu pemberita kemudiannya bahawa beliau akan menjadi saksi pada 2 Mac dan berharap "untuk memberitahu kebenaran yang akhirnya akan membebaskan dirinya."
"Saya akan memberitahu apa yang berlaku dalam tempoh itu dari kes di Mahkamah Persekutuan dan sekarang. Saya akan bercakap tentang kebenaran," katanya.
Hakim Datuk Hue Siew Kheng membuat keputusan membenarkan permohonan Santamil di kamarnya selepas Deepak mengarahkan bantahan sebelum ini yang dibuatnya ditarik semula.
"Mahkamah kemudian menetapkan 2 Mac untuk Deepak untuk disoal di kandang saksi,” kata peguam Santamil, Damian Chan.
Santamil mendakwa anggota keluarganya secara salah dibuang ke luar negara pada 2008 selepas pendedahan Balasubramaniam berkaitan dua akuan bersumpah Altantuya.

K