Wednesday 23 July 2014

Mahkamah Benarkan 2 Kes Yazid Sufaat Dibicara Bersama


Diterbitkan: Selasa, 22 Julai 2014 4:58 PM
Yazid Sufaat
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan kes bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dan pembantu kafetaria, Muhammad Hilmi Hasim berhubung tindakan menyokong dan bersuhabat dalam kegiatan pengganas di Syria serta menjadi anggota kumpulan pengganas, Tanzim al-Qaeda, dibicarakan bersama.


Hakim Datuk Mohd Azman Husin membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar supaya kedua-dua kes itu dibicara bersama di mahkamah sama.

Shukor berkata, ia berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 Julai lalu yang memerintahkan kedua-dua kes berkenaan dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 14 Ogos ini untuk mendengar semula kedua-dua pertuduhan.

Sebelum ini, kes Yazid dan Muhammad Hilmi dituduh menyokong dan bersuhabat dalam aktiviti pengganas di Syria didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim manakala bagi pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas Tanzim al-Qaeda didengar di hadapan Mohd Azman.

Ops Selamat 5: Sabar, Elak Guna Lorong Kecemasan - Mohd Fuad


Diterbitkan: Rabu, 23 Julai 2014 1:30 AM
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff menegaskan kepada pengguna jalan raya supaya banyak bersabar dan tidak menggunakan lorong kecemasan ketika pulang berhari raya.

Hujung minggu ini, semua lebuhraya serta jalan di bandar utama dijangka sesak dengan pengguna yang akan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.

“Kami telah melancarkan Operasi Selamat 5 di seluruh negara bermula Isnin (21 Julai) sehingga 4 Ogos ini dan tumpuan utama di semua lebuhraya dan juga jalan-jalan bandar.

“Dalam masa sama juga, pegawai trafik akan membuat rondaan seperti biasa di jalan-jalan lain bagi memastikan tidak ada sebarang peraturan jalan raya dilanggar pengguna,” jelasnya kepada mStar Online.

Tiga Beradik Cedera Akibat Sifat Panas Baran Abang Sulung



Diterbitkan: Selasa, 22 Julai 2014 3:23 PM
Tiga bersaudara cedera akibat kemarahan abang sulung. Gambar Hiasan
  (Ubah saiz teks)
BESUT: Tiga beradik cedera selepas terbabit dalam pergelutan berikutan sikap panas baran seorang daripada mereka.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, abang sulung daripada tiga beradik itu telah menyerang dua adik lelakinya selepas marah dengan tindakan mereka yang mahu membawa isterinya menziarahi anaknya yang sakit di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian, Kota Baharu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noorzainy Mohd Noor berkata, abang sulung berusia 40-an telah memaki hamun dan menyerang adiknya masing-masing berumur 37 dan 30-an menggunakan batang besi hingga menyebabkan pergelutan berlaku.