Wednesday 29 April 2015

Mahathir tak dengar ucapan Najib semalam

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak mendengar ucapan Datuk Seri Najib Razak malam tadi, yang antaranya menegaskan tidak akan mengalah terhadap asakan padanya.

Mahathir bagaimanapun hari ini terus menggesa pemimpin nombor satu negara itu menjawab berhubung dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Katanya kerajaan harus membayar hutangnya dan ia tidak patut menjadi masalah.

”Masalahnya sekarang wang hilang. Ia bukan satu atau dua juta ringgit tetapi RM14 atau RM20 bilion.

“Ke mana wang itu pergi?” soal perdana menteri paling lama dalam sejarah Malaysia itu.

“Ia memberikan kesan pada kewangan kita,” katanya.

Mahathir (atas) diminta mengulas berhubung ucapan Najib malam tadi.

Najib semalam menegaskan tidak akan berganjak atau menyerah kalah walaup diasak dan dikritik.

Ia dilihat secara tidak langsung menjawab kritikan keras Mahathir.

Memetik seruan hikmat Bugis, beliau berkata tidak akan “bersurut pulang” biar pun “kemudi patah, biarpun layar robek, biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan”.

Dr M: RM3 juta untuk bunga kenduri, Rosmah?

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan beliau menyerang isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam salah satu tulisan dalam blognya.

Menurut bekas perdana itu, apa yang dibangkitkannya dalam tulisan itu hanya mengenai gaya hidup Datin Seri Rosmah Mansor yang kelihatan "mewah."

"Ada khabar angin mengatakan beliau (Rosmah) membelanjakan RM3 juta hanya untuk hiasan bunga-buangan (ketika majlis perkahwinan anaknya).

"Masalahnya ialah, orang bercerita. Ia mungkin salah atau betul. Itu jadi masalah," katanya.

Dr Mahathir bercakap kepada media selepas menyampaikan ucapan di Institut German - Malaysia di Kajang.

Dr M: Saya cuma tanya tentang Rosmah

Najib: Saya takkan menyerah kalah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan beliau tidak akan berganjak atau menyerah kalah walaupun diasak dan dikritik.

Katanya beliau akan tetap istiqamah berjuang demi rakyat sebagai sebuah kerajaan yang telus bersama timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, jemaah menteri dan anggota pentadbiran.

Memetik seruan hikmat Bugis, beliau berkata apabila perahu dikayuh ke tengah, ia tidak boleh “bersurut pulang”.

“...meskipun bagaimana besar gelombang yang melanda, biarpun kemudi patah, biarpun layar robek, biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, ia lebih mulia bagi kita tegap teguh berjuang daripada membalik haluan pulang,” katanya.

Beliau menyampaikan ucapan sempena pelancaran Laporan Tahunan 2014 untuk Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Kata-katanya itu secara tidak langsung menjawab kritikan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menuntut agar beliau meletak jawatan.

Mahathir sebelum ini antara lainnya membangkitkan mengenai motif kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pentadbiran dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).