Monday, 2 June 2014

Budak terjun dari kereta dilari penjenayah


Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun bertindak nekad terjun keluar dari sebuah kenderaan yang dilarikan penjenayah dalam kejadian di Keramat AU3, di ibunegara hari ini.
  
Kanak-kanak itu yang berbuat demikian ketika kenderaan jenis Mitsubishi Triton tersebut mula bergerak, mengalami cedera ringan di pinggang, tangan dan kaki, kata Ketua Polis Ampang Jaya ACP Khairuldin Saat kepada Bernama.  

Katanya kejadian berlaku pukul 12.30 tengah hari ketika bapa mangsa
meninggalkan anaknya di dalam kenderaan tanpa mematikan enjin berhampiran sebuah bengkel.

Ceroboh Rumah Dan Tiada Dokumen Perjalanan Sah, Warga Turki Dipenjara 11 Bulan


Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 4:42 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Seorang warga Turki pada Isnin dijatuhi hukuman penjara berjumlah 11 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana menceroboh dan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. 

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhi hukuman itu setelah tertuduh, Tanyildz, 28, mengaku bersalah atas kedua-dua tuduhan tersebut.

Erry Shahriman memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan bagi kesalahan menceroboh dan penjara lima bulan bagi kesalahan tidak memiliki dokumen, kedua-duanya berjalan secara serentak bermula tarikh tangkap, 18 April lalu.

Tanyildz didakwa menceroboh dengan memasuki sebuah unit di tapak perumahan Sri Jalil 1, Bukit Jalil, di sini pada 8.30 malam, 18 April.

Dia didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Hakim Baharu Untuk Kes Saman Fitnah Raja Nong Chik Terhadap Nurul Izzah


Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 2:12 PM
Raja Nong Chik (kiri) dan Nurul Izzah.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Seorang hakim baharu ditetapkan untuk menjadi orang tengah dalam penyelesaian kes saman fitnah yang difailkan oleh bekas Menteri Kabinet, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan dua yang lain.

Hakim Mahkamah Tinggi Nik Hasmat Nik Mohamed menetapkan 26 Jun ini untuk menjadi pengantara pertikaian sivil antara kedua-dua pihak.

Dalam saman fitnah yang difailkan pada 17 Julai tahun lalu, Raja Nong Chik menamakan Nurul Izzah, penerbit berita dalam talian Mkini Dotcom Sdn Bhd dan wartawan Lu Wei Hoong sebagai defendan.

Peguam Raja Nong Chik, M. Reza Hassan dan peguam Mkini Nur Hidayah Saidi mengesahkan butiran.

Kes Bunuh Siti Soffea: Polis Ambil Sampel Gigi, Cap Jari Suspek


Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 3:48 PM
Rakaman menunjukkan suspek (kanan) bersama Siti Soffea Emelda pada hari kanak-kanak itu dibunuh.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Polis mengambil cap jari dan sebatang gigi daripada mayat suspek kes pembunuhan kanak-kanak perempuan, Siti Soffea Emelda, untuk pengesahan identiti suspek itu.
Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi Asisten Superintendan Suhaimi Muhamad berkata, identiti suspek sukar dikenal pasti ekoran keadaan mayatnya yang reput setelah ditemui terapung di Sungai Klang berhampiran plaza tol Sunway kira-kira 3 petang, Sabtu lalu.

"Kita telah hantar ujian cap jari dan sebatang gigi suspek masing-masing ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bahagian Rekod Jenayah Polis untuk mengetahui identitinya.

"Tempoh dua hingga tiga hari diperlukan bagi memperoleh keputusan itu," katanya ketika ditemui pemberita di Bahagian Forensik di Pusat Perubatan Universiti Malaya di sini, Isnin.

Pengetua, Dua Anak Lelaki Maut Kemalangan Di Lebuhraya Pantai Timur


Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 2:59 PM
  (Ubah saiz teks)
KUANTAN: Seorang pengetua sekolah dan dua anak lelakinya terbunuh apabila MPV yang dinaiki terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur.

Menurut pihak polis, Nor Hayati Ghazali, 58, yang sebelum ini merupakan Pengetua SMK Sungai Soi dan anak-anaknya Muhammad Amirul Afiq Hamdan, 17, dan Muhammad Amirul Hakeem Hamdan, 13, sedang menaiki Toyota Inova apabila ia tiba-tiba terpesong ke kiri jalan dalam kemalangan yang berlaku di Km 107.9 lebuh raya.

Nor Hayati dan Muhammad Amirul Afiq tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Muhammad Amirul Hakeem meninggal dunia di wad kecemasan hospital Temerloh dalam kejadian pada pukul 7.45 petang Ahad.

Peperiksaan Kelayakan PJS 2014

Salam sejahtera semua calon peperiksaan pjs 2014.

Tiga bidang penting yang perlu diambil berat dalam
persediaan peperiksaan ini:
1.  Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993
2.  Malaysian Legal System, dan
3.  Sejarah Malaysia dan lain-lain yang berkaitan mahkamah.

Persediaannya mestilah 100 peratus.  Tidak ada jalan
mudah untuk lulus melainkan menguasai 3 bidang di atas.
Jika kita rasa peperiksaan ini mudah, maka buangkan
ingatan itu.  Bagi admin jika kita tidak membaca dan
membuat kajian pastinya kita akan gagal.
remba.