Monday, 20 April 2015

Dr M: Najib pakai 'budak tingkat 4' British



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didakwa mengambil pegawai British sebagai antara penasihatnya, yang dikenali sebagai “budak tingkat empat”.

Perdana menteri keempat Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Najib berundur ke belakang seperti era sebelum kemerdekaan negara.

“Dia mula rekrut budak tingkat empat sendiri, serta pegawai British untuk nasihatkannya bagaimana hendak tadbir negara.

“Dia juga guna perunding asing yang menelan belanja sebanyak RM7 bilion.

“Kita merdeka pada 1957 dan kita tidak perlu lagi ambil penasihat British. Kita akan lebih baik tanpa mereka.

“Najib nampaknya tidak percaya kepada kebolehan rakyat Malaysia untuk bangunkan negara,” katanya di blog hari ini.

Semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, Dr Mahathir juga membangkitkan isu saya 'budak tingkat empat', yang ketika itu dikaitkan dengan menantunya Khairy Jamaluddin.

Dr M selar gaya hidup 'mewah' PM, Rosmah



Dalam siri serangannya pada Datuk Seri Najib Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini pertama kali mensasarkan isteri perdana menteri Rosmah Mansor secara langsung.

“Banyak perkara berkaitan tingkah laku peribadinya yang saya fikir tidak betul.

“Tetapi saya sedia abaikannya, kecuali gaya hidup dia dan isterinya,” katanya.

Isu Rosmah yang sering dituduh sebagai boros dan gemar membeli barangan mewah, turut mendapat perhatian akhbar antarabangsa New York Times.

Pejabat Perdana Menteri dilapor menyebut perbelanjaan mewah Najib dan keluarganya berpunca daripada harta pusaka.

Saudara kandungnya bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa allahyarham Tun Abdul Razak berjimat cermat.

Rosmah juga dispekulasikan menyebabkan hubungan Najib dan saudaranya berselisih. Bagaimanapun ia telah pun dinafikan.

Tak boleh lagi biarkan Najib

Sementara itu, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno berkata beliau tidak boleh lagi membiarkan Najib dalam isu syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Bila dia tak boleh jelaskan ke mana bilion ringgit dibelanjakan, dan penglibatannya dalam pengurusan 1MDB yang menjadi tanda tanya rakyat, saya rasa dia sudah tak mampu menjadi perdana menteri negara ini," katanya.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau bercadang mendedahkan bagaimana Najib kehilangan berbilion ringgit dalam tulisannya akan datang.

Dua Beranak Didakwa Ludah, Tampar Polis


Diterbitkan: Jumaat, 17 April 2015 12:39 PM
  (Ubah saiz teks)
GEORGE TOWN: Gara-gara meludah dan menampar seorang anggota polis Rabu lalu, dua beranak pada Jumaat didakwa di Mahkamah Majistret di sini.
Shaikh Abdul Shukor Shaikh Abdul Wahab, 31, seorang peniaga, dan bapanya Shaikh Abdul Wahab Shaikh Ibrahim, 67, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret L. Umma Devi.
Mengikut pertuduhan, Shaikh Abdul Shukor dan bapanya didakwa bersama-sama melakukan kekerasan jenayah terhadap Koperal Mohamed Shahrul Nizam Mohamed Salleh dengan menampar dan meludah anggota polis itu ketika mangsa sedang menjalankan kewajipannya.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Patani di sini pada jam 9.50 malam, 15 April lalu mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nur Farhana Hashim menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh bagaimanapun peguam Muhammad Asri Abdul Hamid yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan minimum dikenakan ke atas anak guamnya.
"Anak guam saya Shaikh Abdul Shukor menghidap bengkak hati dan perlu menyara isteri dan seorang anak manakala tertuduh kedua (Shaikh Abdul Wahab) menghidap sakit jantung dan mempunyai isteri yang uzur," katanya.
Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 19 Mei depan untuk sebutan bagi serahan dokumen.

Syarikat Balak Menang Rayuan Terhadap Umno Pahang


Diterbitkan: Isnin, 13 April 2015 9:33 PM
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Seruan Gemilang Makmur (SGM) Sdn. Bhd., berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada Isnin bagi mengetepikan perintah supaya membayar ganti rugi berjumlah RM38.6 juta kepada Jawatankuasa Badan Perhubungan Umno Pahang berhubung pelanggaran kontrak pemberian konsesi pembalakan.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi membenarkan rayuan SGM untuk memulihkan keputusan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi yang menolak tuntuan balas jawatankuasa itu bagi penaksiran ganti rugi.
Kuorom berkenaan memutuskan bahawa rayuan syarikat pembalakan itu mempunyai merit dan juga mengarahkan jawatankuasa itu membayar kos guaman sebanyak RM10,000 kepada SGM.
"Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf dalam mengganggu dapatan Timbalan Pendaftar," kata Balia yang bersidang bersama Datuk Lim Yee Lan dan Datuk Hamid Sultan Abu Backer.
Pada 27 Mac 2003, SGM memfailkan saman sivil terhadap jawatankuasa itu di Mahkamah Tinggi Kuantan, dengan menuntut ganti rugi kerana melanggar kontrak pemberian konsesi pembalakan di Nenasi, Pekan, Pahang.

Najib Dan Rosmah Saman Rafizi


Diterbitkan: Jumaat, 17 April 2015 4:16 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan saman fitnah terhadap Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dan pemilik portal 'Media Rakyat' Chan Chee Kong berhubung isu subsidi minyak.
Saman tersebut difailkan semalam (16 April) menerusi Tetuan Hafarizam Wan  and  Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini dan ia diserahkan kepada Mohd Rafizi dan Chan pada Jumaat.
Menerusi writ saman, Najib dan Rosmah menamakan Mohd Rafizi sebagai defendan pertama manakala Chan, defendan kedua.
Dalam penyata tuntutan, mereka mendakwa Mohd Rafizi telah memberi ucapan berbaur fitnah dalam satu forum berkaitan dengan subsidi minyak di Bandar Tun Razak pada 22 Nov 2014.
Najib dan Rosmah mendakwa ucapan Mohd Rafizi telah dirakam oleh 'Media Rakyat' yang kemudiannya dimuat naik oleh Chan atau pembantunya ke laman web YouTube Media Rakyat dan portal Media Rakyat di bawah tajuk 'Rafizi Ramli: Kenapa Kita Pertahankan Subsidi Minyak'.
Mereka juga mendakwa bahawa rakaman yang sama turut dikongsi oleh Chan dalam laman facebook Media Rakyat, dengan ia boleh diakses secara bebas oleh pengguna internet seluruh dunia.
Kata mereka, rakaman tersebut telah ditonton sebanyak 9,736 kali dalam laman YouTube setakat 15 April manakala terdapat 356,569 pengguna yang mengikuti facebook milik Rafizi dan 162,118 lagi dalam facebook Chan.

Bekas hakim: Jangan panik dengan Akta Hasutan



Di tengah-tengah kritikan oleh beberapa peguam terkemuka terhadap Akta Hasutan 2015 di Forum Karpal Singh di Pulau Pinang semalam, bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mahadev Shankar memberitahu hadirin supaya tidak panik.

Mahadev berkata ujian sebenar sama ada pindaan kepada Akta - yang telah diluluskan di Parlimen minggu lepas - boleh dikuatkuasakan adalah apabila kes itu dibawa ke mahkamah.

Beliau yang tela bersara menyuarakan keyakinan mengenai keadaan terkini bahawa para hakim sentiasa mengambil berat terhadap kedua-dua pihak dalam sesuatu kes, untuk mencari jalan penyelesaian.

Bercakap dalam forum itu, beliau berkata jika kes hasutan dibawa ke mahkamah dan beliau masih bertugas, beliau akan memberitahu pendakwa supaya meyakinkan bahawa kes yang dibawa adalah ia ada unsur hasutan.

Katanya lagi, ujian sebenar bagaimana hakim akan bertindak dan beliau berharap mereka akan melindungi rakyat.

"Jika hakim melakukan tugasnya, jika dia taat kepada sumpah yang ia telah dibuat untuk melindungi perlembagaan, saya rasa, kita tidak ada masalah," katanya.