Thursday, 31 January 2013

Mahkamah Persekutuan benarkan bicara perjanjian air Selangor

Putrajaya 31.1.2013
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan akan membicarakan permohonan untuk mengklasifikasikan laporan audit dan perjanjian konsesi yang dimeterai Syabas dan kerajaan Selangor pada 15 Disember 2004 sebagai dokumen awam.

Permohonan itu sebelum ini difailkan Gabungan Menentang Pengswastaan Air (CAWP) yang menuntut butiran perjanjian itu tidak diklasifikasikan sebagai rahsia.  Keputusan itu merupakan satu tindakkan bagus kerana pihak mahkamah menyatakan bahawa kerajaan Negeri Selangor mempuanyai kepentingan.  Pada 2011, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang membenarkan responden mendapat akses kepada dokumen-dokumen tersebut.  Sekaligus keputusan mejoriti Mahkamah Rayuan itu menetapkan bahawa dokumen berkenaan tidak didedahkan.

Isu kalimah Allah tak seharus timbul, kata bekas KHN

30.1.2013
Isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seharusnya tidak timbul kerana ia telah termaktub di bawah undang-undang di 10 negeri yang menetapkan penggunaanya hanya untuk orang Islam sahaja, kata bekas Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.  Menurutnya, semua pihak harus menghormati peruntukkan undang-undang tersebut dan tidak mempersoalkan mahupun membangkitkan perkara itu sama sekali.

Tegasnya Perlembagaan Persekutuan juga dengan jelas menyatakan bahawa Islam merupakan agama rasmi negara, jestru semua pihak terutama buka Islam perlu memahaminya serta tidak menuntut perkara yang tidak sepatutnya.