Wednesday 27 February 2013

Bersih: Mohamad Sabu, 13 yang lain dibebaskan

27.02.2013
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan 13 lagi dari tuduhan menyertai himpunan Bessih pada tahun 2007.  Keputusan itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Jagit Singh Bant Singh hari ini.

Rakyat Somalia mengaku tak bersalah tembak pasukan ATM

27.02.2013
Tujuh rakyat Somalia yang ditahan tentera Malaysia di Teluk Aden dua tahun lepas, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas pertuduhan melepaskan tembakan kearah pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika merompak di atas sebuah kapal.

Ahmed Othman Jamal 27, Abdil Eid Hasan 22 dan lima lagi remaja bawah umur didakwa melakukan kesalahan itu dengan niat untuk mendatangkan kematian atau kecederaan kepada anggota ATM di atas Kapal Bunga Laurel di koordinat Latitud 20' 14.73N Longitud 063' 39.96E, 250 batu nautika dari perairan Oman, antara 8.10 malam hingga 10 malam, 20Januari 2011.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 3 Akta Senjataapi (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Kesiksaan, yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tawar khidmat seks, wanita dalam pantang dipenjara

26.02.2013
Seorang wanita dalam tempuh berpantang hari ini dipenjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menawarkan khidmat seks kepada anggota polis Ahad lepas.  Majistret Siti Shakirah Mohtarudin memerintahkan Rosmalini Hussin 31, menjalani hukuman penjara itu dari tarikh ditangkap pada 24 Feb lepas.

Rosmalini dari Triang, Pahang didakwa menawarkan perkhidmatan seks bagi maksud persundalan kepada Sarjan Major P Ravidran 50, dari Cawangan D& Ibu Pejabat Polis Kontigen Kuala Lumpur dihadapan sebuah hotel di jalan Raja Laut di ibu negara pada 8.05 malam pada tarikh tersebut.  Dia didakwa mengikut Seksyen 372(B) Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.