Friday 12 September 2014

Dua Beranak Berdepan 420 Pertuduhan Seleweng 12 Juta Liter Minyak Subsidi


Diterbitkan: Khamis, 11 September 2014 8:45 PM
Lim Heap Hoe dan bapanya Lim Ah Hua mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di depan hakim. Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin.
  (Ubah saiz teks)
ALOR SETAR: Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas 420 pertuduhan menyeleweng minyak bersubsidi berjumlah 12,286,347 liter membabitkan nilai RM24.6 juta tahun lepas.

Lim Ah Hua, 70, dan anak lelakinya, Lim Heap Hoe, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadap mereka dibacakan di depan Hakim Ibrahim Osman.

Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Oktober untuk sebutan semula kes.

Mereka masing-masing berdepan 140 kesalahan individu membabitkan 137 pertuduhan gagal menyediakan penyata jualan kepada pembeli sejurus selesai jualan barang berjadual, dua pertuduhan gagal menyelenggara buku stok seperti yang disyaratkan dan satu pertuduhan menjual kepada pihak yang tidak dibenarkan selaku pemborong.

Polis Bongkar Makmal Dadah Di Shah Alam


Diterbitkan: Khamis, 11 September 2014 3:00 PM
Noor Rashid (dua, kiri) menunjukkan dadah sintetik semasa sidang media berhubung sindiket memproses dadah sintetik tempatan, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Kuala Lumpur, Khamis.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Polis berjaya membongkarkan sebuah makmal haram yang digunakan untuk memproses dadah jenis syabu di sebuah gudang di di Shah Alam pada 5 September lalu.
Dalam serbuan di kawasan perindustrian itu, polis merampas sejumlah dadah iaitu 1.67 kilogram kristal syabu, 6 liter cecair syabu dan 122 kilogram pil yang disyaki mengandungi bahan prekursor, bahan kimia antaranya asid hidroklorik, acetone toulene serta peralatan khas yang digunakan untuk memproses dadah dianggarkan RM500,000.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, serbuan dilakukan oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) berdasarkan hasil maklumat daripada orang ramai.

Agong serah suratcara lantikan 15 hakim



Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan menerima menghadap dan mengurniakan Suratcara pelantikan kepada seorang Hakim Mahkamah Persekutuan, tujuh Hakim Mahkamah Rayuan dan tujuh Hakim Mahkamah Tinggi di Istana Negara, di Kuala Lumpur.
  
Hakim Mahkamah Persekutuan itu ialah Datuk Azahar Mohamed.
  
Tujuh yang menerima Suratcara pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan ialah Datuk Ahmadi Asnawi, Tan Sri Idrus Harun, Datuk Nallini a/p Pathmanathan, Dr Badariah Sahamid, Ong Lam Kiat Vernon, Datuk Abdul Rahman Sebli dan Dr Prasad Sandosham Abraham.