Tuesday 8 April 2014

Saman RM100j: Peguam Anwar hilang kelayakan



Peguam N Surendran hilang kelayakan daripada mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman RM100 juta terhadap TV3 dan Utusan Melayu (M) Bhd berkaitan laporan berkaitan pencerobohan Lahad Datu.

Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop memutuskan, kemungkinannya terdapat konflik kepentingan ekoran kedudukan Surendran sebagai naib presiden PKR dan Anwar pula ketua umum.

Surendran berkata akan merayu terhadap keputusan itu.

Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan mungkin akan mewakili Anwar semasa prosiding yang akan bermula pada 14 April.

NFCorp: Shamsubahrin Akui Guna Gelaran Datuk Walaupun Tak Terima Pingat


Diterbitkan: Isnin, 7 April 2014 8:17 PM
Shamsubahrin Ismail (kiri)
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail yang dituduh menipu memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin bahawa dia belum menerima pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk daripada Sultan Pahang.
Shamsubahrin, 48, sebaliknya memaklumkan mahkamah bahawa dia hanya menerima surat pelantikan bagi gelaran Datuk pada 2009 dan menggunakan gelaran itu dalam pelbagai urusan termasuk surat menyurat.