Wednesday 7 January 2015

Lima Ditahan Kes Bunuh Suami Isteri


Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2015 5:04 PM
Anggota Polis melihat mayat yang dipercayai menjadi mangsa kes bunuh di Kampung Ketemba, Jalan Kuala Balut Kuala Pegang di Baling, SElasa. Mangsa dikenali sebagai Elias Hassan, 65, dan isterinya Saayah Mat Tahir, 54, dipercayai di bunuh di kediaman mereka awal pagi Selasa. -fotoBERNAMA
  (Ubah saiz teks)
ALOR SETAR: Polis menahan lima suspek bagi membantu siasatan kes pembunuhan pasangan suami isteri warga emas di Kampung Kuala Balut, Kuala Pegang, Baling, Selasa.

Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya berkata suspek dalam usia 20-an merupakan penduduk di kampung tersebut.

"Kita tahan mereka yang berperangai buruk, tetapi tiada tangkapan dibuat," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Dalam kejadian itu, Elias Hassan, 65, dan isterinya Saayah Mat Tahir, 54, ditemui dengan kesan tikaman di rumah mereka yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kecurian kambing mereka.

Jurutera Disabit Hina Almarhum Sultan Kekal Didenda RM50,000


Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2015 6:07 PM
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Jurutera yang disabitkan kesalahan memuat naik komen menghina Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah di internet, terlepas daripada hukuman penjara selama setahun selepas hukuman itu diketepikan oleh Mahkamah Rayuan pada Rabu.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, bagaimanapun mengekalkan sabitan Chan Hong Keong dan juga mengekalkan hukuman denda maksimum RM50,000 terhadapnya yang diputuskan Mahkamah Sesyen di Butterworth.

Chan, 32, membayar denda itu. Beliau diikat jamin RM40,000, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan.

Panel hakim itu yang turut dianggotai Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim menolak rayuan Chan terhadap sabitannya tetapi membenarkan rayuannya untuk mengetepikan hukuman penjara.

Altantuya: Mahkamah Persekutuan Tetapkan 13 Januari Keputusan Rayuan Pendakwa


Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2015 10:14 AM
altantuya
Altantuya Shaariibuu.
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menetapkan 13 Januari bagi keputusan berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas polis terhadap pertuduhan membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Ketua Bahagian komunikasi Korporat dan Hubungan Antarabangsa Mahkamah Persekutuan, Mohd Aizuddin Zolkeply mengesahkan tarikh untuk keputusan itu telah ditetapkan pada 13 Januari.
Keputusan itu akan disampaikan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria yang mendengar rayuan itu selama tiga hari bermula 23 Jun tahun lepas.
Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan tiga hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop. 
Apabila dihubungi, peguam Datuk Hazman Ahmad yang mewakili Ketua Inspektor Azilah Hadri berkata, firma guamannya menerima notis daripada Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada Selasa, memaklumkan mengenai tarikh berkenaan.