Thursday 13 November 2014

Pengambilan Pelajar Perubatan Baharu Diputuskan Senat IPTA - Mary Yap


Diterbitkan: Rabu, 12 November 2014 4:17 PM
Gambar Hiasan.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Pengurangan pengambilan pelajar perubatan baharu di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diputuskan oleh senat institusi masing-masing, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Ching.

Beliau berkata, senat IPTA mengambil kira nisbah pensyarah dan pelajar, kemudahan pengajaran dan pembelajaran, kemudahan tempat latihan atau praktikal serta peruntukan sedia ada di institusi mereka.

"Persaingan mendapatkan tempat di IPTA dalam program pengajian kompetitif seperti perubatan sangat sengit apabila bilangan calon yang memperoleh keputusan cemerlang meningkat setiap tahun.

"Selain pencapaian akademik calon yang cemerlang, aspek kualiti calon juga diberi keutamaan dalam soal pengambilan pelajar bagi program pengajian perubatan," katanya semasa sesi soal jawab Persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Bekas Pengarah Urusan, Ahli Perniagaan Didakwa Buat Tuntutan Palsu RM1.116 Juta


Diterbitkan: Rabu, 12 November 2014 4:29 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah urusan bergelar 'Datuk' dan seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Rabu terhadap pertuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan invois berjumlah RM1.116 juta berhubung kerja-kerja logistik 200 unit lori muatan berat (Tipper Truck), empat tahun lepas.

  
Datuk Koay Teng Keong, 57, dan Teh Yean Teong, 51, didakwa dengan niat bersama menggunakan dua invois Deutsche Direct Sdn Bhd, sebuah syarikat pengangkutan, masing-masing bertarikh 11 Mac 2010 berjumlah RM605,200 dan 13 Mac 2010 berjumlah RM511,400 di pejabat Gadang Engineering (M) Sdn Bhd, Wisma Gadang, No. 52, Jalan Tago 2, Off Persiaran Utama, Sri Damansara di sini pada Mac 2010.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (2)(b) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan yang palsu atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Kastam KLIA Rampas Senjata Api Tiruan, Syabu


Diterbitkan: Rabu, 12 November 2014 2:34 PM
  (Ubah saiz teks)
SEPANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya merampas 10 senjata api tiruan yang cuba diseludup menerusi kiriman bungkusan di sini pada Selasa.
Pengarahnya Datuk Chik Omar Chik Lim, berkata, rampasan tersebut dibuat selepas JKDM curiga terhadap kandungan lima bungkusan yang tiba dari Amerika Syarikat.
Menurutnya, pemeriksaan keseluruhan terhadap kelima-lima bunkusan itu telah menemui 10 senjata api tiruan yang terdiri daripada 6 pucuk pistol dan empat laras senapang.
"Usaha untuk mengesan alamat dan nombor telefon penerima bungkusan tersebut bagaimanapun gagal apabila penghantarannya dibatalkan pada saat akhir oleh pemilik.