Wednesday 13 August 2014

Tian Chua Mengaku Tak Bersalah Sebut Perkataan Aibkan Polis


Diterbitkan: Selasa, 12 Ogos 2014 2:01 PM
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Anggota Parlimen Batu, Tian Chua mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menyebut perkataan yang mengaibkan seorang pegawai polis.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 50, didakwa menyebut perkataan tersebut kepada pegawai polis Petaling Jaya, DSP Glenn A. Sinappah bertujuan mengaibkan kehormatannya.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu didakwa melakukan kesalahan itu di pintu utama lobi Hotel Armada, pukul 7.45 malam, 14 April lalu.

Tian Chua didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Penguasa Kastam Dilepas, Dibebas Daripada Empat Tuduhan Rasuah


Diterbitkan: Selasa, 12 Ogos 2014 8:02 PM
  (Ubah saiz teks)
JOHOR BAHARU: Seorang penguasa kastam dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa daripada empat tuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,000, lima tahun lepas.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz membuat keputusan berkenaan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan dihadapi Kamarudin Ismail.

Kamarudin, 51, yang bertugas di Bahagian Perkhidmatan Teknik, Menara Kastam, di sini didakwa menerima suapan masing-masing RM500 daripada Zacharias Kho bagi mempercepat dan memudahkan permohonan penjenisan barangan yang dikemukakan Kho ke Bahagian Perkhidmatan Teknik.