Thursday, 2 October 2014

Kes Hasutan Pensyarah Dirujuk Ke Mahkamah Tinggi


Diterbitkan: Rabu, 1 Oktober 2014 2:32 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini membenarkan permohonan pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM) Profesor Madya Dr Azmi Sharom untuk merujuk kes hasutan yang dihadapinya ke Mahkamah Tinggi.
Hakim Zanol Rashid Hussain membuat keputusan itu selepas meneliti permohonan Azmi, 45, untuk mendapatkan perintah supaya Mahkamah Sesyen merujuk kepada Mahkamah Tinggi bagi menentukan sama ada Seksyen 49(1) Akta Hasutan 1948, berperlembagaan atau sebaliknya.
Mahkamah juga membenarkan prosiding kes ditangguhkan sementara menunggu keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mesin Godam ATM: Polis Siasat Bank, Vendor Terbabit


Diterbitkan: Rabu, 1 Oktober 2014 7:47 PM
Rakaman CCTV suspek kejadian mesin ATM digodam di beberapa bank.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat kemungkinan pembabitan kakitangan bank dan vendor Mesin Teler Automatik (ATM) mesin ATM digodam melibatkan empat bank di ibu negara, Melaka, Johor dan Selangor baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) (Jenayah Siber dan Multimedia) Senior Asisten Komisioner Mohd Kamarudin Md Din berkata, polis menyiasat pelbagai aspek mengenai jenayah bersiri itu, termasuk kemungkinan pembabitan orang dalam bank.
"Bagaimanapun setakat ini polis masih belum mempunyai bukti kukuh menunjukkan penglibatan mereka dan kita sedang meneliti keterangan yang diambil daripada pengadu, pengawal keselamatan, kakitangan bank dan pihak vendor mesin ATM," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Rabu.

Tujuh Pelatih Asrama Akhlak Silibin Lolos Berjaya Ditangkap


Diterbitkan: Rabu, 1 Oktober 2014 11:26 PM
  (Ubah saiz teks)
IPOH: Tujuh pelatih di Asrama Akhlak Silibin yang meloloskan diri dari asrama berkenaan pada Rabu,  berjaya ditangkap semula di tebing sungai Sri Kinta, Jalan Sungai Pari di Buntong di sini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keongberkata bertindak atas laporan, anggota dari Balai Polis Buntong menemui semua pelatih berumur lingkungan 14 hingga 17 tahun itu. 
"Kesemua pelatih dibawa balik ke Balai Polis Kampung Baru sebelum diserahkan kepada Pegawai Pembantu Pembangunan Masyarakat Asrama Akhlak Silibin untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita ketika dihubungi.

Beliau berkata dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, pelatih berkenaan meloloskan diri melalui pagar tepi asrama dengan memotong pagar menggunakan pemotong besi.