Rabu Februari 26, 2014
KUALA LUMPUR: Bapa kepada dua beradik yang menjadi mangsa kelar di Taman Sri Putra, Sungai Buloh masih terkejut dengan kejadian itu kerana tidak menyangka pembantu rumah itu sanggup berbuat demikian sedangkan dia amat rapat dengan kedua-dua anaknya.
Selvan Joseph, 44, berkata sehingga kini dia hairan dan terkejut dengan tindakan Agnes, 30, seorang warga Indonesia, kerana dia amat disenangi anggota keluarga isterinya.
Beliau yang tinggal berasingan dengan isterinya sejak setahun lalu berkata sehari sebelum kejadian, kedua-dua anaknya sempat keluar bersama ibu mereka, pembantu rumah itu dan ahli keluarga yang lain dan tiada tanda-tanda perselisihan faham tercetus antara mereka.