Wednesday 21 May 2014

Mat Sabu, Tian Chua Bebas Tuduhan Sertai Perhimpuan Haram


Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 6:54 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan 40 lagi dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada pertuduhan menyertai perhimpunan haram sekitar pusat beli-belah Suria KLCC enam tahun lepas.

Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh di akhir kes pendakwaan.

"Setelah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan kesemua tertuduh dilepas dan dibebaskan serta wang jaminan dikembalikan," katanya.

Pencuci Kereta Didenda RM35,000 Miliki Beruang Matahari


Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 10:00 AM
Beruang matahari yang diselamatkan oleh Jabatan Perhilitan.
  (Ubah saiz teks)
JOHOR BAHRU: Seorang pekerja di pusat mencuci kereta didenda RM35,000 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah memiliki seekor beruang matahari.

Mohd Roshdam Bilal, 29, mengaku memiliki haiwan yang dilindungi sekitar tengahari pada 13 Mei di sebuah rumah kedai di Susur 4, Jalan Tun Razak, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 68(1) (a) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

RM300,000 Lesap, Dua Mesin ATM Dipecahkan Tiga Lelaki


Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 4:04 PM
  (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM: Kira-kira RM300,000 lesap apabila tiga lelaki memecahkan dua mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah pasar raya besar dua tingkat di Setia Alam di sini awal pagi Selasa.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 5 pagi dengan ketiga-tiga suspek dipercayai bersembunyi di kawasan medan selera di tingkat bawah sebelum pasar raya itu ditutup pada tengah malam.

Jurucakap polis berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pasar rayaitu menunjukkan suspek berlegar-legar di dalam bangunan pada pukul 4 pagi.

Polis Buru Lelaki Bantu Siasatan Kes Larikan Wang Dari Mesin ATM


Diterbitkan: Selasa, 20 Mei 2014 3:39 PM

Mohd Afizul Muhammad
  (Ubah saiz teks)
BESUT: Seorang lelaki dicari bagi membantu siasatan kes melarikan RM160,000 dari sebuah mesin juruwang automatik (ATM) yang dipecahkan di Kampung Raja di sini milik Bank Rakyat cawangan Jertih dua hari lalu.

Pihak polis meminta Mohd Afizul Muhammad, 32, yang beralamat terakhir di Lot533, Lorong Rogayah, Pasir Mas, Kelantan agar tampil atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata orang ramai yang mengenali Mohd Afizul juga boleh menghubungi Ketua Siasatan Jenayah Besut, Asisten Superitenden Polis (ASP) Kamsani Hassan di talian 013-3612080 atau melalui talian pejabat 09-6956999 dan 09-6956222.