Tuesday 27 November 2012

Seksyen 15(5)(a) Auku: Mahkamah tolak rayuan kerajaan

Bernama , Nov 22,2012

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan yang
dikemukakan oleh kerajaan dan dua pihak lain terhadap
keputusan penting mengistiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta
Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sebagai
tidak sah di sisi undang-undang.

Keputusan itu dicapai selepas panel lima hakim diketuai
Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin
membenarkan permohonan empat bekas pelajar UKM
untuk membatalkan permohonan perayu atas alasan
perkara itu akademik berikutan Sesyen 15(5)(a) telah
dimansuhkan.

"Kes ini tidak lagi kompeten di hadapan mahkamah ini kerana
Seksyen 15(5)(a) akta itu yang melarang mahasiswa
menyatakan sokongan atau bangkangan terhadap
mana-mana parti politik sudah dimansuhkan," kata Zulkefli.