Monday 31 December 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Selamat Tahun Baru 2013

1.  Sahabat-Sahabat Pesuruhjaya Sumpah,     selamat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawah dan
     mematuhi KKPS 1993.  Azam kita ialah jalankan tugas dengan penuh yakin dan zero kesalahan.

2.  Sahabat-Sahabat Pesuruhjaya Sumpah yang baru sahaja dilantik, janganlah malu untuk bertanya,   
     sentiasa tangguhkan tugas apabila kita ragu-ragu  antara boleh atau tidak.  Melanggar KKPS  1993  
     adalah merupakan satu kesalahan berat semada kita boleh dituduh di mahkamah atau dibatalkan lesen
     perlantikan.

3.  Sahabat-Sahabat yang akan menduduki peperiksaan PJS,  hari peperiksaan kian hampir bersiap
     sedialah dengan mencari bahan-bahan rujukkan.  Tiada jalan singkat untuk lulus kecuali kita bersungguh-
     sungguh membaca dan mencari ilmu.  Apabila anda lulus peperiksaan tersebut barulah anda akan
     panggil untuk ditemuduga.

Peperiksaan PJS: Mahkamah-Mahkamah Rendah

Mahkamah Rendah di Malaysia terdiri daripada Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret (Kelas satu dan Kelas dua) dan Mahkamah Untuk Kanak-Kanak.  Kes-kes Mahkamah Sesyen di sebut dan dibicarakan oleh Tuan/Puan Hakim Mahkamah Sesyen manakala kes-kes Mahkamah Majistret dan Kes-kes kanak-kanak disebut dan dibicarakan oleh Tuan/Puan Majistret.

Pelajaran seterusnya dalam komen di bawah:

Wednesday 26 December 2012

Peperiksaan PJS: Mahkamah-Mahkamah Tinggi

Mahkamah-Mahkamah Tinggi ditubuhkan di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.  Di Malaysia terdapat 2 Mahkamah Tinggi yang mempuanyai bidangkuasa dan taraf yang setara, iaitu Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.  Mahkamah Tinggi Malaya terdiri daripada seorang Hakim Besar dan 60 orang hakim manakala Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak terdiri daripada seorang Hakim Besar dan 13 orang hakim (Perkara 121(1) dan 122AA(1) Perlembagaan Persekutuan).

Peperiksaan PJS: Mahkamah Rayuan Malaysia

Mahkamah Rayuan telah ditubuhkan pada tahu 1994.  Mahkamah ini mempuanyai bidangkuasa seperti dibawah:

(a)  memutuskan rayuan-rayuan terhadap keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya;
      dan
(b)  yang lain yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.  (Perkara 121(1B)
       Perlembagaan  Persekutuan.

Mulai 1 Mei 2009, bilangan hakim mahkamah ini telah ditambah dari 22 orang kepada 32 orang melalui Perintah Yang di-Pertuan Agong (Perkara 122A(1) Perlembagaan Persekutuan).

Komposisi
Prosiding di Mahkamah Rayuan adalah didengar dan dilupuskan oleh penal tiga hakim atau lebih yang bilangannya hendaklah ganjil dan sebagaimana yang ditentukan oleh Presiden Mahkamah Rayuan (Seksyen 38 Akta Mahkamah Kehakiman 1964).  Di bawah Perkara 122A(2) Perlembagaan Persekutuan, seorang hakim Mahkamah Tinggi juga boleh bersidang sebagai Hakim Mahkamah Rayuan jika Presiden Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa kepentingan keadilan menghendaki yang demikian.  Hakim hendaklah dinamakan bagi maksud itu oleh Presiden selepas berunding dengan Hakim Besar Mahkamah Tinggi berkenaan.

Pelajaran seterusnya dalam komen di bawah:

Monday 24 December 2012

Peperiksaan PJS: Mahkamah Khas

Mahkamah Khas ditubuhkan di bawah Perkara 182 Perlembagaan
Persekutuan bagi membicarakab apa-apa tindakan sivil atau
jenayah yang dimulakan atau terhadap Yang di-Pertuan Agong
atau raja mana-mana negeri.  Bagaimanapun,  Perkara 183 Perlembagaan
Persekutuan memperuntukan bahawa tiada apa-apa tindakan sivil atau
jenayah boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesebuah
negeri berhubung apa-apa perlakuan atau tinggalan yang dilakukan
olehnya di dalam kapasiti dirinya melainkan dengan izin Peguam Negara
sendiri.

Mahkamah Khas bersidang di Mahkamah Persekutuan yang terletak
di Istana Kehakiman pada tarikh-tarikh dan masa yang ditetapkan
oleh Ketua Hakim Negara.  Keputusan Mahkamah Khas adalah
muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan
di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.

Sunday 23 December 2012

Peperiksaan PJS: Mahkamah Persekutuan Malaysia (Mahkamah Tertinggi Di Malaysia)

Mahkamah Persekutaun Malaysia merupakan otoriti kehakiman
yang tertinggi sekali di Malaysia.  Ianya ditubuhkan di bawah Perkara 12(2)
Perelmbagaan Persekutuan. Keputusannya mengikat semua mahkamah
di bawahnya.  Sebelum 1 Januari 1985, sistem mahkamah atasan di Malaysia
adalah sistem tiga peringkat iaitu:
(a)  Majlis Privy
(b)  Mahkamah Agung
(c)  Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo.

Majlis Privy merupakan mahkamah rayuan tertinggi bagi Malaysia
sehingga 31 Disember 1984.  Pada 1 Januari 1985, semua rayuan dari
Malaysia ke Majlis Privy telah dimansuhkan.  Bagi mengantikannya,
Mahkamah Agung Malaysia ditubuhkan menjadikan mahkamah
rayuan terakhir di negara ini.  Pemansuhan rayuan ke Majlis Privy
telah mengakibatkan perubahan tiga peringkat mahkamah atasan kepada
sistem dua peringkat iaitu peringkat Mahkamah Agung dan dua
Mahkamah Tinggi.

Pelajaran seterus dalam komen dibawah:

Thursday 20 December 2012

Orang Asli menang hak tanah di Mahkamah

Harakah .Anis Nazri 19Dis 2012

Temerloh: Penduduk Orang Asli di Kampung Bukit Rok dan
Kampung Ibam, Bera memenangi kes ke atas tanah mereka
yang cuba diambil kerajaan Pahang, pada 2006 lalu.

Yang Arif Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian di Mahkamah
Tinggi Temerloh semalam.  Kira-kira 80 orang penduduk dan aktivis
Orang Asli turut hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan
tersebut, selain menyatakan sokongan.

Tanah tersebut diambil kerajaan Pahang bagi tujuan pembangunan
Felcera Sdn. Bhd., bagaimanapun penduduk kampung yang
terlibat bertindak menentang dan memohon injuksi bagi menghentikan
pencerobohan tersebut.

Wednesday 19 December 2012

Lynas: Rayuan Penduduk Kuantan ditolak

Bernama  Dis 19, 2012

Tiga penduduk Kuantan hari ini gagal dalam cubaan
mereka untuk menyekat operasi Lynas Advanced Material Plant (Lamp)
di Gebenag, Kuantan.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka
terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan mengetepikan
permohonan mereka supaya ditangguhkan keputusan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) untuk memberi lesen
pengoperasian sementara (TOL) kepada Lynas Malaysia Sdn. Bhd (Lynas)
bagi menjalankan operasi pemprosesan nadir buminya di Gebeng.

Yang Arif Hakim Datuk Ramly Ali, yang mengetuai penal hakim
berkenaan, berkata Mahkamah itu mendapati Hakim Mahkamah
Tinggi Kuantan  bertindak betul disisi undang-undang dan dari segi fakta
apabila beliau menolak permohonan penangguhan mereka.

Wednesday 12 December 2012

Pengetahuan Am: Peperiksaan PJS

Jata Negara atau Lambang Negara Malaysia:

Lambang Malaysia menunjukkan bintang
pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang
terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan
Kerajaan Persekutuan, manakala bintang
bersama-sama anak bulan itu tanda Agama
Islam-agama rasmi Malaysia.

Ikuti seterusnya dalam komen dibawah.

Saturday 8 December 2012

Bagaimana Hakim Mahkamah Atasan dilantik

Sejak tahun 2009 sehingga kini Hakim Mahkamah Atasan
telah dilantik oleh Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.  Suruhanjaya
tersebut berfungsi antara lain:

(a)  memberikan syor kepada Perdana Menteri, siapakah
      yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Atasan.
      (Mahkamah Atasan: Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
       Rayuan dan Mahkamah Tinggi)

(b)  mendukung Kebebasan Kehakiman yang berterusan bagi
      Badan Kehakiman Malaysia.

Keanggotaan Suruhanjaya

Menurut Seksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman
2009, keanggotaan suruhanjaya adalah terdiri daripada anggota
berikut:

(a)  Ketua Hakim Negara
(b)  Presiden Mahkamah Rayuan
(c)  Hakim Besar Malaya
(d)  Hakim Besar Sabah dan Sarawak
(e)  Seorang Hakim Mahkamah Persekutuan
(f)  Empat orang terkemuka, yang bukan merupakan anggota
      eksekutif atau perkhidmatan awam yang lain.

Friday 7 December 2012

Rayuan tangguh operasi loji Lynas didengar 19 Dis

Malaysiakini. Hafiz Yatim Dis 7 2012

Mahkamah Rayuan telah menetapkan 19 Disember ini
untuk mendengar rayuan penduduk Kuantan bagi
mendapatkan penangguhan dalam usaha mereka untuk
menghentikan operasi loji memperoses nadir bumi Lynas sehingga
permohonan semakan kehakiman penduduk selesai.

Hakim Datuk Ramly Ali, yang mengetuai penal tiga hakim,
menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan mereka,
daripada mendengar notis mereka untuk mendapatkan
penangguhan interim sementara menunggu rayuan
yang ditetapkan hari ini.

Thursday 6 December 2012

Kes Aminulrasyid: Kpl Jenain bebas tuduhan

Bernama Dis 5 2012

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan
Kpl Jenain Subi daripada tuduhan menyebabkan
kematian remaja lelaki berumur 15 tahun Aminulrasyid
Amzah, dua tahun lepas.  Hakim Datuk Abdul Rahman
Sebi memutuskan sedemikian selepas menerima rayuan
Kpl Jenain, 49 terhadap sabitan dan hukuman penjara
lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah
Sesyen Shah Alam pada September tahun lepas.

Dalam penghakimanya, Hakim Abdul Rahman berpuashati,
anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk menghentikan
kereta proton iswara yang dipandu oleh Aminulrasyid dan
bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.

Wednesday 5 December 2012

Lynas: Mahkamah dengar permohonan Penduduk 7 Dis (Jumaat)

Bernama. Dis 4 2012

Mahkamah Rayuan menetapkan Jumaat ini (7 Disember) untuk
mendengar permohonan tiga orang penduduk kuantan berhubung
keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang menolak permohonan
injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) yang
diberi kepada kilang nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (LAMP).

Tiga orang penduduk itu mengemukakan permohonan perintah penggantungan
sementara itu di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah
Tinggi Kuantan pada 8 Nov yang menolak permohonan mereka supaya
mahkamah itu menangguhkan sementara TOL sehingga permohonan semakan
kehakiman mereka didengar di mahkamah tinggi.

Permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Lembaga
Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
mengeluarkan TOL kepada LAMP, ditetapkan 5 Feb yang didengar oleh
Mahkamah Tinggi, Kuantan.

Monday 3 December 2012

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Gantirugi bekas tahanan ISA dikurangkan
kepada RM 300.000

Bernama Dis 3,2012
Mahkamah Rayuan Malaysia Putrajaya hari ini
mengekalkan keputusan bekas tahanan  Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA),  Badrul Zaman
P.S Mohamad yang di tahan menyalahi undang-
undang tetapi mengurangkan jumlah gantirugi dari RM 3.3 juta kepada RM 300.000

Undang-Undang Kebankrapan

Kerajaan kaji semula undang-undang kebankrapan

Bernama Dis 2,2012
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
hari ini mengumumkan bahawa kerajaan akan membuat
peraturan baru berkaitan undang-undang kebankrapan
kerana undang-undang sedia ada dilihat terlalu ketat.

Saturday 1 December 2012

Salahlaku Pesuruhjaya Sumpah

Kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan
oleh Pesuruhjaya Sumpah

1.  Kesalahan di bawah Kaedah 11 dan 12 KKPS 
     1993
     (Kuasa-Kuasa Pesuruhjaya Sumpah)
(a)  melakukan SALINAN DIAKUI SAH  
      sesuatu dokumen fotokopi.
   
(b)  melakukan penyaksian dalam mana-mana
      perjanjian  bertulis.