Tuesday 1 April 2014

Pemandu Lori Bebas Hukuman Gantung Kerana Edar Dadah


Diterbitkan: Isnin, 31 Mac 2014 11:12 PM
  (Ubah saiz teks)
ALOR SETAR: Seorang pemandu lori pada Isnin terselamat daripada tali gantung apabila Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati S.James, 29, berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Dalam penghakimannya, Mohd Zaki berkata pihak pendakwaan gagal mengemukakan pemilik kedai (tempat kejadian) sebagai saksi walaupun menawarkannya sebagai saksi pembelaan untuk membuktikan penglibatan dan kehadiran tertuduh di situ.

Pemandu Terlibat Dalam Kemalangan Dengan Bas Ditahan


Diterbitkan: Isnin, 31 Mac 2014 11:42 PM
Supt Shafien Mamat.
  (Ubah saiz teks)
NIBONG TEBAL: Polis menahan pemandu kenderaan pacuan empat roda yang melarikan diri selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas di Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Jawi, di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat berkata pemandu berusia 29 tahun itu dikenal pasti selepas empat pekerja kontrak yang menaiki kenderaan itu menyerah diri pada Ahad.

Beliau berkata pada awalnya seorang daripada pekerja kontrak itu mengaku memandu kenderaan berkenaan untuk melindungi rakannya yang tidak mempunyai lesen memandu.

Dua Ditahan Miliki Senapang Buatan Sendiri


Diterbitkan: Isnin, 31 Mac 2014 4:44 PM
ACP Azham Othman.
  (Ubah saiz teks)
KOTA BARU: Polis menahan dua lelaki kerana disyaki memiliki selaras senapang buatan sendiri dalam Ops Cantas Khas di sebuah rumah di Kampung Aur Duri, Salor di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Azham Othman berkata kedua-dua suspek berumur 26 dan 30 tahun itu ditahan pada pukul 4.30 pagi.

"Hasil risikan, polis melakukan serbuan ke atas rumah terbabit dan menahan dua suspek berkenaan.

"Pemeriksaan yang dilakukan menjumpai satu laras senapang buatan sendiri berada dalam almari dalam bilik tidur rumah tersebut," katanya ketika dihubungi pada Isnin.