Diterbitkan: Isnin, 31 Mac 2014 11:12 PM
- Oleh: BERNAMA
(Ubah saiz teks)
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu selepas mendapati S.James, 29, berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Dalam penghakimannya, Mohd Zaki berkata pihak pendakwaan gagal mengemukakan pemilik kedai (tempat kejadian) sebagai saksi walaupun menawarkannya sebagai saksi pembelaan untuk membuktikan penglibatan dan kehadiran tertuduh di situ.
Katanya pihak pendakwaan juga tidak mengemukakan straw, yang didakwa digunakan untuk membungkus dadah sebagai eksibit sedangkan tiada keterangan yang boleh menunjukkan tertuduh telah membuangnya.
James didakwa mengedar heroin seberat 20.7 gram dan manoacertylmorphines seberat 5.2 gram di rumah kedai LBS 24, Jalan Sekerat, Sungai Petani di sini pada pukul 12.15 tengah hari, 29 Feb 2012.
Tertuduh diwakili peguam R.S.N Rayer manakala pendakwaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Nor Hasnita Wan Daud.
No comments:
Post a Comment