Tuesday 29 April 2014

Pesara Hilang RM1.43 Juta, Mahkamah Rayuan Tukar Keputusan


Diterbitkan: Isnin, 28 April 2014 5:24 PM
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Seorang pesara berputih mata bila polis dan kerajaan berjaya dalam permohonan di Mahkamah Rayuan di sini bagi mengetepikan anugerah RM1.43 juta yang diberikan Mahkamah Tinggi kepadanya kerana ditahan dan didera secara salah pada 1998.
Panel tiga hakim diketuai hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Aziah Ali berpendapat Mahkamah Tinggi silap dalam membuat keputusan yang menyatakan Dickson Ng Sek Wah ditahan secara salah.

Panel itu yang turut dianggotai hakim Mahkamah Rayuan Datuk Lim Yee Lan dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim sebulat suara membenarkan rayuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada 9 Nov, 2010.

Hakim Aziah juga mengarahkan Ng membayar RM1,000 sebagai kos guaman kepada polis dan kerajaan.

Polis Kedah Rampas Pelbagai Jenis Senjata Api


Diterbitkan: Ahad, 27 April 2014 10:00 PM
Pistol jenis Glock antara tiga jenis pistol yang dirampas ketika sepasukan Polis Kedah membuat satu serbuan petang semalam di sebuah rumah di Alor Setar, Kedah. -Foto BERNAMA.
  (Ubah saiz teks)
ALOR SETAR: Polis Kedah merampas pelbagai jenis senjata api dan peluru serta menahan dua lelaki dan seorang wanita dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Taman Anggerik di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata dalam serbuan kira-kira 5 petang itu, tiga pistol jenis Glock, VZOR caliber 7.65mm dan pistol angin jenis Revolver serta 247 peluru pelbagai caliber ditemui dalam sebuah kereta milik seorang suspek lelaki berusia 40 tahun.

Beliau berkata turut dirampas sebahagian komponen senjata api M16, dua alat penyerap bunyi dan satu teleskop dipercayai digunakan untuk aktiviti jenayah.

Sembilan Individu Disyaki Militan Ditahan


Diterbitkan: Isnin, 28 April 2014 4:08 PM
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Cawangan Khas (Bahagian Anti Pengganas) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menahan sembilan individu yang disyaki terlibat dengan aktiviti militan di negara ini.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kenyataannya berkata, , kesemua mereka yang ditangkap di beberapa lokasi yang berasingan iaitu di Kedah dan Selangor, dalam lingkungan umur di antara 22 hingga 55 tahun.
"Kesemua individu terbabit disyaki terlibat dalam kumpulan militan yang bertanggungjawab merancang perbuatan ganas di dalam dan di luar negara.

Sunday 27 April 2014

JPJ Tahan Empat Pemandu Bas Ekspres Positif Dadah


Diterbitkan: Sabtu, 26 April 2014 11:11 PM
  (Ubah saiz teks)
ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telahpun menahan empat pemandu bas ekspres yang didapati positif dadah.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata sejak ujian air kencing terhadap pemandu bas dilaksana Selasa lepas, pihaknya memeriksa kira-kira 622 pemandu di stesen bas ekspres seluruh negara.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya menahan dua pemandu di Negeri Sembilan, seorang di Wilayah Persekutuan dan seorang lagi di Terengganu.
 
"Kesemua pemandu positif dadah dibawa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut dan buat sementara waktu ini, kita gantung lesen mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPJ Zon Utara hari ini.

Lima Pelajar UIAM Parah, Bas Terbabas Di Lebuh Raya PLUS


Diterbitkan: Ahad, 27 April 2014 11:32 AM
Bas yang membawa pelajar UIAM terbabas di Kilometer 25.2 Lebuh Raya Utara Selatan pada pagi Ahad.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Lima pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cedera parah, selepas bas yang dinaiki mereka terbabas di Kilometer 25.2 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), di Kuala Lumpur, kira-kira pukul 9.30 pagi Ahad.
Menurut sumber, bas yang membawa 31 orang termasuk pemandu itu dalam perjalanan menuju ke Bukit Cherakah, Shah Alam.
"Menurut saksi, bas berkenaan hilang kawalan lalu terbabas di bahagian kiri lebuh raya dan melanggar penghadang pembinaan sebelum terbabas ke tapak pembesaran jalan.
"Seramai lima pelajar UIAM parah terdiri daripada empat pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan," katanya.

Friday 25 April 2014

Mahkamah Rayuan Bebaskan Nik Nazmi


Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 12:59 PM
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan pertuduhan terhadap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa atas tuduhan berhubung perhimpunan yang diadakan di sebuah stadium di Kelana Jaya pada 8 Mei lalu.

Panel tiga hakim yang diketuai Mohd Ariff Mohd Yusof dalam penghakimannya berkata, Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang memerlukan penganjur memberikan notis 10 hari kepada pihak berkuasa adalah tidak berperlembagaan.

'Kasanova Bersiri' Dipenjara 4 Tahun Tipu Wanita


Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 2:58 PM
Juruteknik komputer yang dikenali sebagai 'kasanova bersiri', K.Prabaharan, 45, dikawal pegawai penjara semasa keluar dari Mahkamah Majistret di Pulau Pinang baru-baru ini.
  (Ubah saiz teks)
GEORGE TOWN: Seorang juruteknik komputer yang digelar 'kasanova bersiri' dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat setelah mengaku bersalah menipu seorang wanita dua tahun lepas.

Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhi hukuman itu terhadap K. Prabaharan, 45, dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman mulai tarikh dia ditangkap semula iaitu pada 2 Januari lepas.

Tumbuk Pengadil: Polis Rekod 20 Keterangan Saksi


Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 3:33 PM
  (Ubah saiz teks)
JOHOR BAHARU: Polis sudah merekodkan 20 keterangan saksi berhubung insiden bekas pengurus pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) II, On Jabar menumbuk pengadil selepas perlawanan saingan Liga Perdana antara pasukan itu dan UiTM FC, Sabtu lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata polis setakat ini sudah mengambil keterangan dari On dan beberapa saksi lain bagi melengkapkan kertas siasatan.

Polis Geledah Koloni Penjenayah Warga Afrika


Diterbitkan: Jumaat, 25 April 2014 11:41 AM
Warga Afrika yang ditahan dalam Ops Cantas Khas-Ops Tiong di Cheras awal pagi Jumaat.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Polis menggeledah lebih 10 rumah di Kondominium Cendikia, Taman Connaught, Cheras di sini bagi memburu penjenayah warga Afrika yang dikesan melakukan pelbagai jenayah penipuan, awal pagi Jumaat.

Dalam operasi yang melibatkan 232 anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan pelbagi agensi kerajaan itu turut menggempur sebuah kafe siber dan kelab malam.

Kedua-dua premis di Taman Connaught itu merupakan koloni warga Afrika sejak hampir 10 tahun lalu serta sering menjadi sasaran pihak berkuasa dalam memburu jenayah warga asing.

Anwar Kemuka 35 Alasan Rayuan Ketepikan Sabitan Dan Hukuman


Diterbitkan: Khamis, 24 April 2014 5:33 PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim,
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan petisyen rayuan terhadap hukuman penjara lima tahun bagi kesalahan meliwat di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan pada Khamis dengan mengemukakan 35 alasan rayuan kenapa sabitan dan hukuman terhadapnya perlu diketepikan.

Rayuan tersebut difailkan oleh peguam Zaleha Al-Hayat, iaitu seorang pembantu mendiang Karpal Singh kira-kira 2 petang, sejam sebelum tempoh pemfailan tamat.

Dalam alasan petisyen rayuan itu, peguam Anwar telah menyatakan panel hakim Mahkamah Rayuan telah tersalah arah apabila menyimpulkan dua orang pakar DNA dari Australia Dr David Lawrence Wells dan Dr Brian Mcdonald yang merupakan saksi pembelaan, bukanlah saksi-saksi berkompeten.

"Adalah jelas hakim-hakim Mahkamah Rayuan telahpun gagal memahami keterangan terutamanya SD4 (Dr Brian) yang jelasnya adalah kompeten.

Wednesday 23 April 2014

Mahkamah tak benar lengah kes Liwat II



Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk tidak melanjutkan masa untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan petisyen berhubung sabitan kes Liwat II ekoran kematian Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan.

Mahkamah meminta peguam Anwar memfailkan notis usul yang sepatutnya berhubung perkara itu.

Pengerusi biro undang-undang PKR Latheefa Koya berkata firma Karpal telahpun mengutus surat yang menggariskan alasan untuk memohon lanjutan masa – iaitu kematian Karpal dan perkabungan oleh anak mendiang, Ramkarpal, yang juga peguambela dalam kes tersebut.

"Bagaimanapun, mereka menolak surat ini dan meminta kami memfailkan notis usul yang sesuai mengenainya. Walaupun dengan notis usul, tiada jaminan bahawa mereka akan membenarkan lanjutan masa,” katanya.

Tambahnya, perkembangan itu menunjukkan mahkamah “sangat tidak bertimbang rasa” dan “tidak simpati dan memahami tragedi kematian Karpal”.

Lans Koperal Mengaku Tak Salah Hilangkan Pistol


Diterbitkan: Selasa, 22 April 2014 6:50 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menghilangkan sepucuk pistol jenis Walter P99 serta peluru, tahun lalu.
Mohd Zainul Akramin Mohd Zain, 45, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras ketika kejadian, didakwa melakukan kesalahan itu di tepi jalan, Lebuhraya Taman Connaught di sini pada 2.30 pagi 31 Mei 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 35 Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Lelaki Ditahan Bersama 2,500 Karton Rokok Belum Cukai


Diterbitkan: Selasa, 22 April 2014 11:03 PM
Sebahagian daripada rokok seludup yang dirampas oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Terengganu pada Selasa.
  (Ubah saiz teks)
KUALA TERENGGANU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia menahan seorang lelaki bersama 580,000 batang rokok dipercayai belum lulus pemeriksaan Kastam di Dungun pada Sabtu lepas.

Pengarah Kastam Negeri, Abdullah Zawawi Abdul Latiff berkata lelaki berusia 33 tahun itu ditahan pada kira-kira 7.30 pagi dalam sebuah van yang sarat dengan muatan rokok, dipercayai untuk edaran di Terengganu.

Beliau berkata anggotanya terpaksa mengejar suspek yang bersendirian lebih lima kilometer sebelum menahannya berhampiran Pejabat Risda di Bandar Al-Muktafi Billah Shah.

Kapal Jepun Disamun Lelaki Bersenjata, Culik Kru Dekat Pulau Ketam


Diterbitkan: Rabu, 23 April 2014 7:53 AM
Norzaid Muhammad.
  (Ubah saiz teks)
PELABUHAN KLANG: Lima lelaki, dua bersenjatakan pistol seorang lagi parang, menyamun sebuah kapal Jepun dengan memindahkan dua juta liter minyak diesel ke dalam dua buah kapal tanker berhampiran Pulau Ketam awal pagi Selasa.

Tiga kru kapal dipercayai diculik.

Pegawai Pemerintah Polis Marin Pelabuhan Klang, DSP Norzaid Muhammad Said berkata kejadian berlaku pada pukul 1 pagi pada jarak 16 batu nautika dari Pulau Ketam di sini.

Kapal bermuatan lima juta liter itu dalam perjalanan ke Myanmar dan berlepas dari Singapura pada 21 April.

Sunday 20 April 2014

Mahkamah Rayuan Putuskan Selamat Sabitkan Anwar Bersalah


Diterbitkan: Jumaat, 18 April 2014 6:22 PM
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Adalah selamat untuk mahkamah mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana terdapat cukup keterangan bagi mengesahkan dan membuktikannya, demikian diputuskan Mahkamah Rayuan.
Mahkamah berkata malah sekiranya diandaikan tiada bukti untuk menyokong keterangan Mohd Saiful tentang fakta berlakunya penetrasi, adalah selamat untuk mensabitkan responden (Anwar).
Panel tiga hakim Mahakmah Rayuan diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis 85 muka surat bertarikh 11 April, berkata terdapat cukup keterangan lain yang membolehkan elemen pertuduhan dapat disahkan dan dibuktikan.

88 Ditahan Ketika Berpesta Di Inap Desa


Diterbitkan: Ahad, 20 April 2014 4:10 PM
gambar hiasan dadah
Gambar hiasan.
  (Ubah saiz teks)
GEORGE TOWN: Seramai 88 individu termasuk 38 wanita ditahan ketika meraikan pesta hari jadi dalam keadaan mabuk dan khayal di sebuah banglo yang dijadikan inap desa di Jalan Masjid Negeri, di sini awal pagi Ahad.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supt Ismail Idris berkata, kesemua mereka yang berusia antara 16 dan 35 tahun itu ditahan dalam serbuan unit narkotik pada pukul 2.45 pagi hasil maklumat orang awam.
"Hasil siasatan seorang lelaki berusia 27 tahun mendakwa menganjurkan majlis hari jadi di banglo itu, bagaimanapun ia dijalankan dalam suasana yang mencurigakan kerana lagu dipasang dengan kuat dan polis turut menemui pelbagai botol arak.

Pegawai TUDM Ditahan Di AS Cuba Seludup Pistol


Diterbitkan: Ahad, 20 April 2014 6:14 PM
  (Ubah saiz teks)
KOTA KINABALU: Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditahan kerana cuba menyeludup sepucuk pistol dari Amerika Syarikat ke Kuala Lumpur akan berhadapan dengan undang-undang negara itu bagi kesalahan penyeludupan senjata api.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika mengesahkan mengenai perkara itu berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai penangkapan pegawai tentera yang berpangkat 'mejar' itu.
"Tan ada apa yang boleh kita lakukan. Dia perlu diadili oleh undang-undang negara itu di atas apa yang dilakukannya.
"Di pihak kami, kita juga ingin mengetahui mengapa dia mahu menyeludup masuk pistol itu ke sini," katanya kepada pemberita pada Ahad.

Seorang Maut Bas Pelancong Jatuh Gaun


Diterbitkan: Ahad, 20 April 2014 9:16 PM
Keadaan bas ekspres dua tingkat selepas terjunam ke dalam gaung di Jalan Kuantan-Segamat.
  (Ubah saiz teks)
PEKAN: Seorang maut apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terjunam ke dalam gaung di Jalan Kuantan-Segamat kira-kira 4.40 petang Ahad.
Ketua Polis Daerah Pekan, Supt Yahaya Othman berkata, bas yang membawa seramai 40 penumpang itu dalam perjalanan ke Singapura dari Pulau Redang, Terengganu.
Menurut beliau, mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Pekan, Hospital Tengku Ampuan Afzan dan Hospital Muadzam Shah.
Tambah beliau kebanyakan penumpang adalah pelancong dari Singapura, China and India.

Wednesday 16 April 2014

'Tiger, Berambus Kau Dari Sini, Ini Bumi Kami' - Penceroboh


Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 11:21 PM
  (Ubah saiz teks)
KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini diberitahu bahawa kira-kira 35 hingga 40 penceroboh bersenjata mula menembak ke arah pasukan komando VAT69 sejurus selepas seorang anggota kumpulan itu memekik "Tiger, berambus kau dari sini, ini bumi kami."

ASP Bingkok Anak John berkata beliau tahu gelaran 'Tiger' yang dimaksudkan merujuk kepada pasukannya iaitu komando VAT69.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Wahab Mohamed pada perbicaraan 30 individu berhubung insiden pencerobohan di Lahad Datu tahun lepas.

Kanak-Kanak Maut Kemalangan Di Temerloh


Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 5:56 PM
  (Ubah saiz teks)
KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terbunuh selepas kereta yang dinaiki bersama ibu bapanya terbabas sebelum terbalik di Kilometer 3 Jalan Karak-Mentakab, dekat Temerloh pada Isnin.

Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, S. Karshan mati ketika menerima rawatan akibat parah di kepala dan badan.

Katanya, kejadian jam 11.30 pagi itu dipercayai berlaku semasa bapanya yang berusia 30-an secara tiba-tiba hilang kawalan ke atas kereta Proton Wira yang dipandunya itu.

Polis Tahan Lapan Lelaki Terbabit Kesalahan Senjata Api


Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 9:18 PM
  (Ubah saiz teks)
ALOR SETAR: Polis Kedah menahan lapan lelaki termasuk seorang warga Myanmar berhubung kesalahan senjata api menerusi lima operasi Ops Cantas Khas bagi tempoh 21 Mac hingga Ahad lepas.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata mereka yang berusia 30 hingga 40 tahun itu ditahan di Kota Setar, Sik dan Kuala Muda.

Polis juga merampas dua pucuk pistol jenis Luger dan revolver termasuk tiga butir peluru, sepucuk pistol tiruan, selaras senapang kayu buatan sendiri dan sebilah parang daripada suspek terbabit, katanya dalam sidang media, di sini Selasa.

Beliau berkata polis turut menemukan beberapa barangan lain seperti rompi dan pelekat berlogo polis dan topeng muka.

Tuesday 15 April 2014

Pelajar Saman Universiti Antarabangsa Albukhary


Diterbitkan: Selasa, 15 April 2014 3:34 PM
Sebahagian daripada enam pelajar AiU bersama peguam mereka membuat tuntutan saman ke atas pihak pengurusan universiti tersebut di Mahkamah Tinggi Alor Setar pada Selasa. Tuntutan saman itu dibuat selepas mereka dimaklumkan bahawa pihak pengurusan universiti itu gagal memberi notis dan alasan yang munasabah mengenai penutupan universiti berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan oleh Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta. -fotoBERNAMA
  (Ubah saiz teks)
ALOR SETAR: Enam pelajar Universiti Antarabangsa Albukhary (AiU) pada Selasa memfailkan saman terhadap universiti itu kerana dakwaan gagal memberi notis penutupan AiU dalam tempoh yang ditetapkan oleh Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.
Plaintif terdiri daripada Mohd Raimy Fahmy Mohd Radzi, 22; Muhamad Hanif Ahmad Fauzi, 21; Hanif Hafifi Mahali, 21; Mohamad Hanif Kamaruddin, 21; Muhammad Syafiq Abd Shamad, 21, dan Farhan Sani Safiyuddin, 20.
Saman itu yang difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini oleh peguam plaintif, Fatimah Idris, menamakan AiU sebagai defendan pertama manakala Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta serta Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua dan ketiga.