Wednesday 30 January 2013

Mahkamah Tinggi batal notis SPRM panggil peguam

30.1.2013
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan notis dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada dua peguam berhubung penyiasatan National Feedlotr Corporation (NFC).

YA Hakim Datuk Zaleha Yusof semasa membenarkan permohonan semakan kehakiman itu memutuskan notis dikeluarkan mengikut seksyen 48(c) Akta SPRM 2009 adalah tidak sah dan salah guna kuasa, dan notis itu tidak sepatutnya dikeluarkan terhadap Lateefa Koya dan Murnie Hidayah Anuar.  "Saya tidak nampak sebarang logik untuk mengeluarkan notis kepada pemohon (dua peguam) bagi merekodkan kenyataan mereka, yang hanya mewakili anak guam mereka" kata Zaleha.